kawan2 followers tercayang

Saturday, 20 July 2013

Nukilan Dayana dan Fakta Sebenar




assalamualaikum uolsss


sehari dua nih kecoh benor psl Ashraf Muslim kawen dua kan
hihihi...bln2 posa nih pon sempat lg org bergosip2 ye

tp sy x mo la nk bergosip psl Ashraf Muslim tu
cuma ati nih terkesan lak bile baca nukilan yg kononnya ditulis oleh Dayana
personally sy rasa nukilan tu ada nilai estetikanya tersendiri
luahan ati dari seorang wanita yg btl2 tercalar ati dek kelakuan suaminya sendiri


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

bila baca nukilan tu mmg dpt rasa la apa yg dilalui oleh Dayana tu
udah le dlm bulan2 posa gini
diuji ngan ujian yg mmg kalau buleh sume wanita kat dunia ni nk elakkan
tp kalau Allah dah takdirkan perjalanan idup kita diuji dgn ujian nih
sapa kita utk menolak takdir kan
cakap mmg senang 
cuba kalau kna batang idung sendiri rasanya jatuh rebah x bangun dah kot 
smoga Allah swt x berikan ujian yg x mampu utk sy galas...Amin
sy syg suami sy sgt2 w/pon dia hanya dipinjamkan oleh Allah utk sy kat dunia nih sbagai tempat berlindung dan menumpang kasih...ecehhhh
tp dia la harta yg paling bernilai utk sy selain mama abah dan family  ^_^

* awas wanita2 di luar sana..jgn cuba2 utk tackle my baby bie ye..kalau x nahas anda!!!

************************************

ok uols...nih ada satu pengumuman
nukilan puisi Dayana tu ekceli ditulis oleh Ana Hawana
thanx pd MRS ANUAR yg share entry psl Fakta: Penulis Sebenar Nukilan Dayana
so dah terbukti la yg nukilan tu adalah luahan ati Ana Hawana 
luahan ati sekiranya beliau berada di tempat Dayana
for me luahan tu sgt2 bertepatan ngan situasi yg dialami oleh Dayana
w/pon Ana HAwana bkn Dayana
tp dia berjaya menghasilkan nukilan yg berjaya menusuk ati org ramai
tahniah Ana Hawana...you put yourself in her shoes

so kat sini sy share dan panjangkan apa yg Ana Hawana pinta kat pembaca2 sume
smoga kita sume mendapat pencerahan ye ^_^


kredit pic to : MRS ANUAR


kredit pic to : MRS ANUAR


so berdasarkan apa yg dibgtau oleh Ana Hawana tu dah jelas la ye...
lgpon kalau tgk puisi sebenar tu kat ayat akhir Ana ada tulis May Allah bless u Dayana
cuma mereka2 yg x bertanggungjawab tlh copy paste dan buang frasa ayat akhir tu
jadik sume org dah salah sangka ingat Dayana yg tulis 
sedangkan hingga saat ini Dayana masih mengambil langkah utk mengunci mulut 

apa2 pon...kita doakan yg terbaik utk mereka bertiga

smoga tidak ada lg hati yg akan terluka
kerana walaupon sy bukan Dayana
tp sy turut merasai keperitan dan kepedihan yg beliau tanggung



~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

0 comments:

Post a Comment