kawan2 followers tercayang

Wednesday, 19 March 2014

(Edisi Bulan Madu) Trip to Melaka - day 2


Assalamualaikum sahabat

meh kita sambung lg kisah ke Melaka tu (day 1 buleh baca kat sini)
2nd kat Melaka kami byk habiskan masa kat area Bandar Hilir je
jln2 kaki menyusuri sejarah Melaka sambil2 cuci mata..haha
lgpon tempat2 nih dekat2 je so x yah la nk bazir minyak kete
jln kaki pon sampai jugak..heheh

pas breakfast kat hotel
aku ngan incik suami p Kota A Farmosa
jalan2 sambil tangkap2 gambaq
tp paling byk aku amik gambaq incik suami la
gambaq aku ada la brape keping je sbb aku menyampah nk bergambar
menyampah sbb aku nih sgt la gemuk
pastu bile tgk gambaq mmg aku benci sgt2 tgk diri yg semakin membesar nih..huhu



dari Kota A Farmosa kitorg p Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
tp x masuk pon dlm memorial tu
cuma amik2 gambaq kat luar je
sempat la incik suamiku yg hensem tu berposing kat kenderaan2 antik tu

  pastu kitorg terus masuk Muzium Istana Melaka
yg nih mmg aku eksaited nk masuk
sbb aku suka sgt ngan rekabentuk Istana Melaka nih
selain tu aku suka gak tgk hiasan2 yg ada kat dlm istana nih
dulu masa famili aku dok kat Melaka kami slalu p muzium nih
masa tu siap ada org nyanyi2 lagu dondang sayang lg 
tp skang nih dah xdak
syg sungguh la sbb generasi muda skang nih mana nk amik tau psl lagu2 lama nih
ntah2 x pernah dengaq kot irama dondang syg tu..huhuh  

  dah puas merayap dlm Istana Melaka tu
kitorang panjat pulak bukit yg kat belakang Kota A Farmosa tu
mmg mengah hoi dibuatnya
lenguh dan sakit2 kaki aku nih ha..
dah mcm org tua pulak rasanya sbb aku mmg 'pancit xdak tenaga'

pastu destinasi seterusnya ke Kompleks Muzium Samudera pulak
kompleks Muzium Samudera merangkumi Replika Kapal Flor De La Mar, Muzium Samudera Fasa II dan Muzium TLDM
so kalau beli tiket buleh guna utk masuk ketiga2 tempat nih
tp aku ngan incik suami cuma p tgk muzium replika kapal Flor De La Mar je
muzium nih adalah cebisan kapal yg dibaikpulih dan dijadikan muzium

oleh kerana kompleks muzium samudera nih dekat ngan muara sungai 
so aku ngan suami p naik river cruise pulak
best mmg best naik river cruise nih
tp tu la sungai melaka tu kotor sgt
masa dlm river cruise tu mmg akan terkena la percikan ayaq2 acaq tu
busuk sgt bau nya..huhuh
suami aku mmg x puas ati sgt naik river cruise tu
dia asik membebel je
aku tadah telinga je la dengaq bebelan dia..hahah

pas dah puas naik river cruise perut pon lapar
alang2 dah nk membeli buah tgn utk famili kitorg mkn kat restoran kat Taming Sari tu
aku sgt x berpuas ati sbb ayaq minuman aku ada serangga
sudahnya aku mkn nasi je la..huhuh
pas mkn baru la p cari souvenier utk famili
aku sempat la rembat lima enam bungkus kerepek tempe
tempe tu mmg feberet aku...so mmg aku hangkut byk2 la

dah puas soping2 yg mana barangnya aku pilih dan tukang bayaqnya incik suami
maka kami pon balik la ke bilik hotel
penat ooo dari pagi sampai tghari dok merayap
dah la jln kaki je mmg nk tercabut sgala skru kat kaki aku nih..hahah
balik hotel mmg aku landing giler2 ar atas katil
nikmatnya dpt berbaring2..hahah


petangnya tu pas dah puas berehat 
kami laki bini p ke Air Keroh
saja la jln2 ke Taman Buaya tu
tp xbest jugak sbb buayanya x banyak
dah la bayaq tiket mahal pastu pertunjukan buaya xde
mmg sedih sungguh2 la..huhu

balik dari Taman Buaya bermula la misi mencari ikan bakar
mula tu p pantai Klebang tp x nmpak pon ikan bakarnya
last2 kitorang p ke Umbai tp sesat2 jugak la
sudahnya terdampar la kami berdua kat restoran ikan bakar Parameswara nih

~pic : google image ~

so far ikan bakar dan sotong dia mmg sedap + fresh
tp mahal gile kot harga makanan kat restoran nih
tp bukan psl mahal yg aku kisahkan
sbb ikan dia mmg fresh sgt2 so aku x kesah bayaq mahal 
nih antara makanan yg aku ngan incik suami pilih
sedap mmg sedap
mabeles la kata org...mmg tiptop dan 5 bintang aku bg utk ikan bakaq depa


tp yg aku nk highlight kat korang ialah psl 'manipulasi'
bg aku restoran Parameswara nih pandai memanipulasi keadaan dan jugak pelanggan
alkisahnya camni...
sementara korang duduk tggu mknan sampai depa akan hidang buah tau
buah tu mmg kita x order tp depa akan serve gak
masa depa anta buah tu aku ingat buah tu sbagai 'welcoming food'
rupa2nya masa incik suami nk p bayaq baru tau buah tu kena bayaq
masa tu cashier tanya buah mkn x
incik suami pon bgtau la buah tu mmg mkn
so buah tu akan masuk dlm bil makanan k
kalau kita x mkn maka dia x masukkan dlm bil
cehhhhh...mmg rasa tertipu la
kalau tau mmg x mkn la kan..huhuh
dah la buahnya kurang manis
tp nk wat camne..dah mkn x kan x mo bayaq
so bayaq la jugak w/pon terkilan ngan restoran tu yg x bgtau awal2
moralnya di sini sila tanya dulu seblom nk mkn k


p/s : panjang berjela pulak entry kali nih..harap x bosan la korang membacanya ye :) 







~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

0 comments:

Post a Comment