kawan2 followers tercayang

Sunday, 26 July 2015

Kencing Tak Lawas Pulak

Assalamualaikum 

Korang pernah kena penyakit kencing tak lawas? Ni kes ayaq kencing ada kuman la ni..longkang tersumbat..euwwww

Nak dijadikan cerita masa cuti umum baru ni aku mendapat la penyakit yang semua orang kalau aci buleh tak mo hadapinya..perit toksah cakap la..memang sakit baq hang..

Petang tu aku ngan encik hubby keluar p pekan..masa tu rasa nak buang ayaq kecik tapi saja seronok dok tahan..hishhh..jadi batu karang baru tau..kalau kot jadi batu berlian untung la jugak kan..so tahan punya tahan dekat tiga jam jugak la..pastu dah balik umah baru le melepaskan hajat..pastu ketung-ketang ketung-ketang la aku kat dapur dok siapkan makan malam..

Selesai makan malam tetiba rasa nak terkencing..masa tu dok menyandar kat hubby dok tengok dia main game kat iPad sambil tengok American Ninja Warrior..so lari-lari la kita ke tandas untuk tunaikan hajat..pastu dah selesai p la menempek lagi skali kat hubby..tak sampai seminit pon tetiba rasa nak kencing lagi..lari-lari lagi ke tandas sebab rasa macam dah nak terkeluaq sangat-sangat dah..ada la dalam enam tujuh kali aku dok ulang-alik p tandas sebab selang seminit rasa nak terkencing..sampai la satu masa tu aku dok je bertapa dalam tandas sebab malas dah nak lari-lari macam sebelum tu..

Bila rasa dah ok sikit aku pon p la kat hubby aku semula..masa tu dah lenguh-lenguh kaki sebab lama sangat mencangkung dalam tandas..nasib baik tak terkeluaq anak punggung aku ni hah..hahah

"ayang nak p spital ke?" prihatin encik hubby bertanya sambil dok main game frozen

"Hmmm..tak mo la..kalau Klinik Azhar ada kat sini sy nak p la.." Aku suka p klinik Azhar sebab free tak yah bayaq apa-apa sebab aku ada medical card yang prudential punya :p

"Tapi kalau teruk sangat kita p spital na.." pujuk sang suami yang dah mula risau tengok bini dia macam sakit sangat-sangat dah

"Tak pe yang..kita buleh tahan lagi.." abes je cakap terus aku lari-lari lagi ke tandas...ohhhh...rasanya dah beberapa belas kali aku ke tandas masa tu..jam pon dah menunjukkan pukul 12 tengah malam

Dia punya sakit memang tak tau nak cakap macam mana..tapi masa tu aku dok bebel-bebel jugak kat hubby.. "tak kan sy pregnant kot..selalu pompuan yg pregnant je dok sakit-sakit nak kencing ni sebab jangkitan kuman.."

"Ayang tak mo check ke? Mana tau kot betoi pregnant ke.." muka hubby masa tu macam excited je..cian dia sebab berharap bininya mengandung..

"nak ngandung kot celah mananya sayang..sy kan baru abes period je.." Jawab aku gelak-gelak menutup rasa sedih dalam hati..sapa tak sedih ooo sebab sampai sekarang tak mampu nak memberi zuriat untuk suami tercinta..

Pastu aku try la baring-baring atas katil buat-buat nak tido..tapi nan hado..tak leh tido wehh dengan rasa ngilu dan sakit kat korang punya tuttt..huhu..pastu kejap-kejap dok lari p tandas..tengok jam dah kul 2 pagi..esok nak kena bangun awal sebab nak balik Perak dah..ikhtiar terakhir aku suh laki aku p masak ayaq panas then buh kat dalam botol ayaq pastu tuam kat ngan ari-ari..tu pon tak berapa nak berjaya jugak eksperimennya..pastu ntah macam mana aku terfikir nak baring meniarap dan tuam botol ayaq panas tu kat pinggang..masa tu baru la hilang sikit sakit tu dan aku buleh tido dengan nyenyak sampai ke pagi..alhamdulillah!!!

Esoknya tu bangun pagi nasib baik kencing dah ok..sakit pon dah berkurang..pastu bila dah balik Perak aku p klinik Azhar dengan muka yang tebal sebab malu kot nak bagitau kat doktor yang aku kencing tak lawas..dapat la ubat antibiotik, ubat sakit dan ubat kencing tak lawas..tapi pas kuar dari klinik Azhar aku p farmasi pulak cari ubat bagi puas kencing..bajet cam tak berkesan je ubat yang doktor bagi padahal tak makan pon lagi..apa punya orang daaaa..

So beli la ubat URAL sepertimana blogger2 lain dok share kat blog depa..nasib baik harga sama je rm1.50 sepeket..aku bantai beli sampai 15 peket seperti yang dicadangkan oleh pharmacist..dia suh bancuh 3 kali sehari selama 5 hari..tapi aku minum sehari je dengan ubat doktor terus lega..menyesal pulak beli banyak-banyak..ok sekian cerita untuk hari ini.

Moral of the story..jangan tahan kencing dan banyakkan minum ayaq masak..mu paham dok ni?






~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

0 comments:

Post a Comment