kawan2 followers tercayang

Sunday, 9 August 2015

Dugong dah settle loan



Assalamualaikum sahabat..

Alhamdulillah dua minggu sebelum raya aritu dah settle loan untuk cik Dugong..jadi lepas ni tak payah nak kalut2 bayaq payment kete setiap kali masuk gaji..tapi baru je nak bernafas sikit kena pulak bayaq loan umah..sobsobsob..

tapi alhamdulillah sekali lagi sebab urutan nak membayaq hitung-piutang nih just nice je..elok abes loan kete terus pulak sambung loan rumahku syurgaku..hihi..

cuma kalau seblom nih loan kete tu just bayaq dlm rm872/month tp yg rumahku syurgaku nih bayaran bulanannya rm976/month..nak dekat2 1k jugak tu..pheuwww..kesat dahi aku nih bila tengok monthly payment dia..

tapi tak pe la kan..orang kata tak rugi kalau kita beli rumah sebab setiap tahun nilai rumah tu akan naik dan naik dan naik lagi..pastu agak-agak kau bosan ngan rumah tu boleh la jual dengan harga semasa..kau beli harga 200k kau jual harga 300k bhaii..untung tak? untung tak?

berbalik pasal rumah yang aku beli tu..rumahnya bukan rumah baru atau dalam pembinaan..aku beli rumah secondhand je..rumah banglo tanah lot..sebut pasal banglo jangan la kau nak nganga pulak..takde la banglo yang ada swimming pool tu..banglo kecik je yg mampu aku beli..tu pon syukur alhamdulillah sebab seller tu kasi diskaun kaw2 untuk aku..kalau tak..takdenya la aku merasa nak ada harta sendiri..huhuh..so banglo aku tu kecik je senah oiii..rumah seketul kat tengah-tengah pastu  ada la tanah sekangkang kera kat depan belakang kiri dan kanan rumah..jadi la asalkan ada tempat berteduh..cewahh

skarang nih aku dalam proses nak mengemas dan mengecat rumah..oleh kerana famili aku tak mau balik dok kat rumahku syurgaku tu..maka aku bercadang nak sewakan je..at least ada gak income yg masyuk bulan2..cuma tak boleh la nak bagi sewa mahal2..takat rm350-rm400 tu kira ok la untuk kawasan Selama Perak..kalau belah KL memang aku buleh la letak harga 1k sebulan..lepas gak untuk cover loan aku tu..tapi berangan je la yang kau mampu Ninie oiii..

ehh..terpanjang pulak cerita pasal rumahku syurgaku nih..hihih..asalnya nak cerita pasal loan Dugong yang dah settle..tetiba bebel-bebel pasal rumah pulak..

so kesimpulannya aku dah tak susah hati bila loan Dugong nih dah selesai..tak payah pening kepala nak pikir kete kena tarik ke apa ke kalau terlewat bayaq atau tak lepas bayaq :)





~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

0 comments:

Post a Comment