kawan2 followers tercayang

Sunday, 9 August 2015

warna idaman untuk rumahku syurgaku



Assalamualaikum sahabat..

In shaa Allah bulan 9 nanti aku nak apply pertukaran sekolah..cukup la 3 tahun PJJ dengan incik suami..rasa tak sanggup dah nak berjauhan dengan si dia..

Aku harap urusan pertukaran aku dipermudahkan oleh Allah swt..aku dah survey2 sekolah apa yang ada kat muadzam tu..tapi entah kenapa aku rasa macam teringin sangat nak mengajaq kat SMKA..mungkin sebab aku rindu dengan suasana masa belajaq kat maahad dulu kot..

skarang nih aku mengajaq kat sekolah menengah harian..pelajar pon terdiri daripada pelbagai kaum..tapi bila dah masuk tahun ke-5 nih..rasa macam makin hari makin bosan pulak menghadap perangai pelajar2 yang makin hilang adab dan sopan pada guru2..so aku rasa macam nak ubah angin mengajaq pelajar2 sekolah agama pulak..hopefully dimakbulkan oleh Allah swt..ameenn

berbalik pada tajuk entry kali nih..aku cuma nak share pasal warna idaman untuk rumahku syurgaku..oleh kerana husband aku dah dapat kuarters..so aku tak payah nak pening kepala pikir pasal rumah sewa dah..cuma yang aku kena pikir dan tengah dok pikir skarang nih pasal konsep rumah je..aku takmo la rumah yang sarat dengan perabot dan hiasan bagai tu..bagi aku..less is more..tu yg terbaik..cewahhh

so dalam tahun nih ada la dalam tiga empat kali aku balik ke muadzam..dah tengok dah macam mana rupa rumah kuarters tu..pastu dalam kepala mula la pikir nak design konsep apa untuk rumahku syurgaku tu nanti..oleh sebab rasa macam kali nih incik suami akan bermastautin lama kat muadzam nih..so memang aku dah plan untuk deko rumah tu sesuai dengan konsep yang aku nak..

konsep yang aku minat adalah style moden..so tak perlu nak sarat dengan perabot bagai..apa yang aku nak hanya seketul sofa kat ruang tamu dan rak tv yang comey..so skarang dah imagine nak sofa dan rak tv color putih..baru la nampak suci murni gitu..heheh

tapi sebab sekarang nih tak pindah lagi ke sana so tak boleh la nak deko2 lagi..kena tunggu cuti sekolah hujung tahun nih baru boleh nak buat semua tu..

so sementara tu aku nak share pasal design serta color yang aku minat untuk rumahku syurgaku nanti..


nih colorwheel yg buleh dijadikan sebagai panduan untuk pemilihan color dinding nanti..aku godek2 cari kat internet je nih..tak ingat amik kat mana..so awal2 nak ucap terima kasih kepada pemilik gambaq nih..kot2 kalau kamu terbaca entry nih buleh la bagitau kat aku supaya aku buleh kredit nama kamu..berbalik pada color pilihan aku..aku berkenan dengan color2 yang cool..so purple akan menjadi tema utama untuk rumahku syurgaku nanti..heheh


sumber pic [klik sini]

color dinding seperti yang tertera kat gambaq2 atas nih adalah color idaman aku..buleh pitam wehh tengok color purple nih..aku adore sangat2..lembut, tenang dan seksi colornya..lagi bertambah seksi bila digabungkan dengan perabot putih..memang nganga luas mulut aku nanti..hahah..hopefully senang nak cari color tu nanti..incik suami tersayang sila take note ye!!! 

aku rasa tu je kot yang aku nak share kat blog nih..berangan je lebih nih..realitinya harap2 dapat dilaksanakan nanti..in shaa Allah..semoga Allah permudahkan segala urusan serta murahkan rezeki aku dan incik suami..amenn

p/s : lain kali kalau rajin aku share pasal bilik idaman pulak..pastu dapur idaman..haha..bajet macam banyak sangat masa nak updet story kan!!


update : dinding umah iols dah bercat..jom tengok color apa yang kitorang pilih kat entry nih





~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

0 comments:

Post a Comment