kawan2 followers tercayang

Saturday, 5 September 2015

centerpiece majlis makan malam jubli emas smk.dato' hj hussein

Assalamualaikum

Bebaru nih skola aku buat majlis sambutan jubli emas
Ye la skola dah capai usia emas kata kan
Kena la wat majlis sikit kan

So tugas aku adalah sebagai AJK pelaksana yg in charge bahagian tempahan meja
Ingatkan just rekod sapa yang nak mai majlis makan malam tu dan tentukan meja tetamu
Rupanya hiasan atas meja pon tanggungjawab aku jugak
Memang takdak idea nak buat camno label mejanya

Puas google sana sini so inilah hasilnya
Centerpiece simple je
Tapi ada aku kesah?
Yang penting para tetamu dapat cari tempat depa


Maafkan kak jemah dengan kualiti gambaqnya ye
Gigih no menangkap gambaq sampai tak perasan tikar tu dah overshadow centerpiece
Tapi lantak la
Yang penting korang nampak je kan centerpiece tu..hahah

Base untuk centerpiece vip aku pakai bekas dadih dan letak bunga 
Bunga tu pon gigih aku suh anak murid aku buatkan..hahah
Terima kasih banyak-banyak la anak murid cayang sebab tolong cikgu

Pastu base untuk centerpiece meja yang lain aku pakai bekas teluq ja
Dalam bekas teluq ngan bekas dadih tu aku letak plastesin untuk beratkan depa
So masa letak atas meja takdak la dia nak jatuh-jatuh ditiup angin

Shape tu pulak aku cari kat internet je
Pastu bubuh nombor meja, print dan laminate terus

Dan...tada...siap la centerpiece aku yang tersangat la simple tapi jimat duit..hahah
Sapa-sapa yang dok cari idea nak buat centerpiece leh la ikut macam yang aku buat tu
Jimat je sebab semua benda yang aku guna tu murah-murah belaka :)



~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

0 comments:

Post a Comment