kawan2 followers tercayang

Sunday, 18 October 2015

Longkang tersumbat again..hmmmm..

Assalamualaikum sahabat..

Masa cuti sekolah baru2 nih sekali lagi aku dapat penyakit longkang tersumbat a.k.a kencing tak lawas..so untuk tahun nih je dah dua kali kena..sungguh perit sampai rasa takut dan trauma nak buang air kecil..huhuh

Kesahnya masalah longkang tersumbat nih berlaku masa raya haji baru2 nih..sakitnya hanya Tuhan yg tahu..seblom nak berlaku tu aku ikut incik suami p beraya ke rumah kawan dia..masa tu tuan rumah jamu kami makan laksa ngan ayaq oren..ayaq orennya manis sangat..huhu..nak Mintak sky juice rasa segan pulak sebab masa tu 1st time berkenalan ngan kawan incik suami dan wifenya..so telan jugak la walaupon aku tak suka minum air manis2..pastu mula la rasa nak terkucil tapi aku tahan je sebab segan nak tumpang buang air kat umah orang..huhu
Pastu seblom balik kem kitorang p pekan Muadzam dulu sebab incik suami nak isi minyak kete..masa tu dah rasa tak sedap ati sebab memang nak terkucil sangat2..so sampai2 je kat Shell terus la aku lari2 ke tandas stesen minyak tu..ya rabbi tandasnya sangat la euwww..kotor amat!!! Memang rasa geli nak membuang..tapi kerana terpaksa aku relakan jua gitu..huhu..then bermula la episod sengsara aku..apa yang aku rasa dan terfikir memang betoi2 berlaku..masalah longkang tersumbat kembali melanda!

Pastu terus aku ajak incik suami cari farmasi untuk beli ubat..sebab masa tu aku dah mula rasa sakit kat tuttt sebab kencing tak puas..huhu..tapi cari punya cari farmasi semuanya tutup..klinik swasta pon sama jugak..sakit sungguh la hati aku nih..dah la memang emergency sangat2!

Dah puas meronda cari klinik terus la kitorang balik kem..sampai umah memang aku tak tunggu dah..terus bertapa dalam bilik ayaq..berjam2 jugak aku dok dalam bilik ayaq..siap bukak shower lagi sebab tak larat nak tuam ayaq panas kat belakang pinggang..tapi masa tu memang sejuk sangat2 sebab lama dok main ayaq dalam bilik ayaq..

Pastu sebab dah tak tahan sangat aku ajak incik suami keluar p ke Segamat untuk cari farmasi atau klinik sebab masa tu aku memang perlukan sangat2 ubat URAL tu..huhu..tapi incik suami macam malas nak p sebab jauh..so terus dia p guardroom minta orang RESAT(rumah sakit angkatan tentera) bukak RESAT tu untuk amik ubat..time ni RESAT tutup sebab raya haji tapi ada la yang standby..cuma orang tu standby kat umah dia..

So..nurse RESAT tu bekalkan air alkali ngan upt kot2 aku hamil..ubat pon bagi yg dos kecil je..huhu..so lambat ckit la nak berkesan..tapi masa tu aku tak rasa teruja pon nak cek upt sebab tak rasa pon diri pregnant..lagi pon masa tu aku dah malas nak berharap..so masa esoknya tu aku test la jugak tanpa sebarang harapan menggunung..dah ternyata la memang resultnya negatif!!

Konklusinya..untuk tahun nih je dah dua kali aku menghadapi masalah longkang tersumbat..demam batuk selesema pulak dah lebih 5 kali untuk sepanjang tahun 2015 nih..hmm..tahun 2015 nih aku banyak sakit..aku anggap tu semua Kafarah atas segala dosa2 aku..ya..aku bersangka baik je ngan segala ujian yang Allah SWT berikan untuk aku..syukur jugak sebab penyakit yang diturunkan kat aku nih sakit yang biasa2 je..kalau sakit2 yang luar biasa tu nauzubillahiminzalik memang mintak dijauhkan la..sebab aku tak rasa diri aku kuat untuk menghadapinya..lagi pon aku tak nak la menyusahkan orang2 yang berada di sekeliling aku..hmm..

Harap2nya sampai ujung tahun nih Allah SWT kurniakan aku kesihatan yang baik..skang nih pon aku dah start minum susu Anlene untuk bina balik antibodi aku..walaupon Anlene tu lebih kepada bina kekuatan tulang tapi aku bedal je..hahah..sebab yang tu je pon aku lepas nak telan..kalau supplement2 nih memang tipu je la..sebab mula2 je aku semangat nk consume..pastu masuk minggu kedua dan seterusnya dok terkedang la kat atas rak tak bersentuh..cukup2 la aku membazir ratusan ringgit tahun lepas dok beli shaklee bagai..sudahnya aku tak makan pon..adoyaiii..memang membazir sungguh!!

Ok la..sekian kisah sedih aku untuk ari nih..sori la kalau kisah kali nih sangat membosankan dan menggelikan tekak korang..gudnite n assalamualaikum :)


P/S : sejak kes longkang tersumbat untuk kali kedua..skang nih p mana2 URAL sentiasa ada dalam beg..aku dan URAL tak dapat dipisahkan lagi..ahakssss :p




~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

0 comments:

Post a Comment