kawan2 followers tercayang

Tuesday, 19 January 2016

Edisi Bulan Madu : Bukit Gambang

Assalamualaikum..

Edisi bulan madu kali nih nak cerita pasal holiday kat Bukit Gambang
Mungkin bagi orang lain percutian ke Bukit Gambang adalah best tapi TIDAK bagi kami

Alkisahnya..

Sehari sebelum holiday kat Bukit Gambang tu..incik suami ada beli voucher kat groupon..dalam voucher ada la dimaklumkan pasal penginapan kat Carribean Bay + breakfast dan entrance tiket ke Bukit Gambang Theme Park / dan Safari Park..jadi eksaited la kami laki bini nak p bercuti kat situ..yang aku pulak punya eksaited sampai siap beli baju t.shirt dan tracksuit untuk pakai kat sana nanti..hahah

So esoknya lepas dapat emel daripada pihak Carribean Bay terus la kitorang gerak ke Bukit Gambang..sebab dah bertolak lewat dari Muadzam maka lewat la kami sampai kat Bukit Gambang..so pas check in terus lepak dalam bilik hotel je sebab malas nak p mana-mana dah..

Tapi sebelom check in tu incik suami sempat la p tanya pasal tiket nak masuk Theme Park tu kat receptionist hotel..dia kata bawak je kertas groupun tu tunjuk kat kaunter nak masuk nanti..so dah settle sume tu melepak la kami kat bilik..lepas maghrib baru la kuar p cari makanan kat kawasan perumahan berdekatan Bukit Gambang City tu..huhu..tak sangka pulak makanan dia punya la mahal..dah la tak berapa nak sedap..huhu..tapi biasa la..aku malas nak p bising-bising kat tokey kedai..walau sakit ati tapi simpan dalam ati je la..paling kuat pon aku bebel-bebel kat dalam kete je melahirkan ketidakpuasan ati aku pasal kualiti makanan dan harganya yang mencekik darah kat incik suami..huhuh

Esoknya tu..pagi-pagi lagi kitorg dah bangun..eksaited la konon nak p main-main kat theme park tu..huhuh..so sebelum p theme park tu kitorang breakfast dulu kat cafe Carribean Bay tu..makanan dia ok la..buleh diterima tekak..tapi sambal nasi lemak dia rasa semacam je..rasa pelik pon ada..kalau nak rate pasal makanan dia aku cuma bagi 2 bintang je kot..sedap lagi makan kat kantin skola aku..hahah

Pas selesai sarapan terus la kami laki bini check out kira-kira dalam kul 9.00 lebih cenggitu..memang saja check out awal konon-konon nak berlama-lama kat theme park..okeh..kat sini memang dah nak masuk part sedih dan sakit ati sangat-sangat..masa dah sampai turn kitorang masa beratuq kat kaunter tu maka aku tunjuk la kertas groupon yang aku print tu kat minah kaunter tu..dia amik kertas voucher groupon tu masuk ke dalam mungkin tanya bos dia kot..pastu dia kuar dan kata tak terima voucher tu dan kalau nak masuk jugak kena bayaq..aku masa tu "what the hell' nak kena bayaq pulak sedangkan kat groupon tu kata ada entrance ticket ke water theme park..malas nak gado dan bertekak kitorang terus blah je..incik suami pulak dah bebel-bebel kata membazir duit je beli groupon nih tapi datang semata-mata tidoq hotel je..memang dia bengang giler ar sebab bayaq rm200++ semata-mata untuk tidoq je..hotel pon tak berapa nak memuaskan ati..

So disebabkan masing-masing dah pakai tracksuit yang kononnya satgi nak mandi-manda kat theme park terus tukaq plan p mandi kat swimming hotel je..huhu..berendam la kami laki bini dalam setengah jam kat situ..sebab dah check out awal-awal pagi tu maka tukaq baju pon kat tandas swimming pool je..memang sedih sungguh la..sampai incik suami pon cakap pas ni memang tak mai dah la Bukit Gambang ni..

Bagi aku..nih la pengalaman paling teruk sekali dalam sejarah percutian kami..huhu..kalau tau nak jadi camni..tak beli voucher groupon tu pon takpe..leh jimat rm200++ tu..huhu..

Tapi..sebelom kitorang gerak balik ke Kuala Lipis aku ada la belek-belek voucher groupon tu lagi skali..bila aku belek-belek balik voucher kitorang tu rasanya memang patut kitorang dapat masuk ke water theme park tu sebab ada tertulis kat situ..tapi tak tau la pulak kalau aku nih tak pandai nak paham bahasa omputih..depa tulis maksudnya benda lain dan aku paham hat lain pulak..huhuh 
 
Aku ada cerita kesah yang menimpa kitorang nih kat kawan aku..dia suh wat aduan kat groupon..tapi..aku macam dah malas sebab sakit ati sangat..pada hari kejadian tu aku memang ada komen kat iklan groupon tu bagitau pasal kejadian yang menimpa kami kat fb depa..tapi esoknya bila tengok lagi skali komen tu dah takdak..maybe kena delete la kot..wallahua'lam










~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

0 comments:

Post a Comment