kawan2 followers tercayang

Sunday, 17 January 2016

RM5 & RM20 Saving Challenge


Assalamualaikum..

2016 dah menjengah hampir setengah bulan..Selamat Tahun Baru 2016 semua :)
Untuk tahun 2016 iols ada azam baru..hahah..
Azam untuk kurus sentiasa tersemat dalam hati..
Tapi apa yang iols nak kongsi bukan pasal yang itu..
Kali nih nak share pasal azam nak menabung dan menyimpan duit

So untuk mengukuhkan lagi azam tahun 2016 nih aku dah sediakan satu planner
Planner pon buat sendiri je..print color-color bagi cantik pastu siap..haha
Cerita pasal planner tu nanti aku share kat entry yang seterusnya

Untuk entry hari nih just nak fokus pasal tabungan
Memandangkan aku nih seorang yang boros dan kaki soping
Maka tahun 2016 nih aku berazam la nak menyimpan duit
Dengan harapan bila ujung tahun nanti berkepok-kepok la tabungan aku..ecehh

So aku wujudkan dua tabung untuk simpan duit
Dan tabung tu aku namakan rm5 & rm20 saving challenge
Memang serius nak cabar diri sendiri untuk kekal aktif menabung kekdahnya..hahah
So untuk merealisasikan impian aku nih maka aku sediakan dua bekas tabung
Bekas tabung pon amik adik aku punya bekas secret kawaii dia..hahah
So tabung 1 aku simpan duit hijau (rm5) dan tabung 2 untuk duit oren (rm20)

 ~ tabung kita..lalala ~

Rasional untuk aku simpan duit hijau dan oren sebab duit tu jarang sangat dapat
So once dah dapat mesti sayang nak guna
Jadi memang gigih la aku menyimpan duit oren dan hijau tu kalau dapat balance 
Sanggup pecahkan duit rm10 semata-mata untuk elakkan bayaq pakai duit hijau / oren :p

Setakat nih misi dan azam masih berada di landasannya..haha
Alhamdulillah la bila minggu 1 dan 2 yang lepas aku berjaya menabung duit-duit tu
Pastu bila cukup seminggu aku catat plak dalam planner yang aku wat sendiri tu
Memang bersemangat la ko bila tengok angka-angka yang tercatat..heheh


 ~ catat kat sini jumlah tabungan mingguan..ujung tahun kita total ~

Aku berharap sangat la aku dapat beristiqamah dalam menabung ni
Sekurang-kurangnya bila ujung tahun nanti leh buat duit belanja untuk p honeymoon :)
Bijak tak idea aku? Hahah..cantik punya plan kan!!!

Camne dengan korang pulak? 
Mesti lagi canggih kan korang punya idea untuk menabung :)


 

~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

0 comments:

Post a Comment