kawan2 followers tercayang

Wednesday, 17 February 2016

Seminggu cuti raya cina

Assalamualaikum..

Raya Cina baru-baru majoriti warga pendidik dapat cuti seminggu..alhamdulillah..banyak hari jugak cutinya kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas..

Aku pulak macam biasa..tamat je sesi persekolahan terus la shoot ke Muadzam Shah untuk berjumpa incik suami tersayang..rutin yang dah masuk tahun ke-4 sejak kami berkahwin..almaklumla..belom ada rezeki untuk tinggal bersama lagi..aku nih kalau ikut term Datuk Mahadzir Khalid ni adalah antara ribuan guru yang tergolong dalam golongan guru berduka lara..sobsobsob..ok..lupakan pasal guru berduka lara itu..malas nak amik port sebab ujung tahun nanti aku nak cuba nasib lagi sekali untuk isi borang permohonan..huhu

Oleh kerana cuti yang agak lama..maka ada je banyak masa aku yang terluang..jadi memang aku marathon kaw-kaw segala mak nenek cerita yang ada kat TV tu..tapi paling aku layan adalah siri My Kitchen Rule..yang ni ulangan je..tapi aku layankan je sebab nak tengok wakil Malaysia/Singapore si Eva dan Debra masak..memang pandai jugak budak berdua ni masak..hehe

Selain MKR..aku ada jugak la layan cerita-cerita yang lain macam CSI Cyber tu..suka tengok Raven..comey giler..haha..pastu tersangkut jap ngan Quantico..tapi tak leh nak hadam cerita dia sebab ada watak bertudung tapi macam tak semenggah je..so untuk episod seterusnya memang aku tak tengok dah..

Uiksss..keje ko cuti nih asik tengok TV je ke? Idok le gitu..

Walaupon cuti..tetiap ari aku bangun awal untuk siapkan breakfast incik suami..roti bom ada..para thn ada..bihun Singapore ada..lunch pulak macam-macam resepi aku try..ada yang menjadi..ada yang hancuss..haha..tapi kalau ada resepi yang menjadi tu rasa macam dah jadi chef yang pro gitu..ahakssss 

Selain memasak..aku buat jugak keje umah yang lain..kata nak jadi isteri mithali kan..so aku buat la jugak keje-keje membasuh dan melipat baju..kemas umah tu sikit-sikit je la sebab takde sapa pon yang nak sepahkan umah..hahah..anak pon tak dak lagi kan..sobsobsob 

Pastu cuti kali nih pon tak kuar jalan ke mana-mana..incik suami kejenya asik duty saja..maka aku redho duduk goyang kaki di rumah saje..haha..kalau kuar pon takat p pekan Muadzam cari barang dapur..ha gitu la aktiviti aku sepanjang CNY tahun nih..

Sebenaqnya aku nak share masakan-masakan yang aku buat eksperimen sepanjang CNY..tapi dah melalut ke benda lain pulak..next entry nanti la aku share..Stay tuned k..nanti aku updet :)






~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

0 comments:

Post a Comment