kawan2 followers tercayang

Wednesday, 2 March 2016

Latihan Menembak Kadet Polis

Assalamualaikum..

Sejak tahun lepas aku dah jarang involved dengan program luar sekolah yang berkaitan dengan kokurikulum dan sukan..kalau ada pon just bawak team badminton Prau ke kejohanan daerah..memanah memang dah tak join dah..rindu ngan team memanah..rindu jugak nak memanah..tapi sebab rasa kecik hati buatkan aku tekad tinggalkan team memanah sekolah..memang merajuk sungguh..

So..setelah sekian lama tak mengiringi budak ke aktiviti luar kokurikulum..maka..hari nih mencemar duli ke Lapang Sasar PDRM di Kulim untuk latihan menembak kadet polis..yeayyyy..hari nih best sebab tak payah p sekolah..haha..

Gerak dari sekolah pagi tadi kul 7.30 pagi..budak-budak naik trak polis..tapi cikgu-cikgu naik kereta sendiri lerr follow dari belakang..nak tumpang trak pon dah penuh sebab budak yang p kali nih memang ramai..

Aktiviti menembak bermula lebih kurang jam 9.00 pagi..nasib baik la cuaca tak panas..so kali nih memang tak sunburn la kulit walaupon masa turn cikgu-cikgu menembak dalam kul 11.00 - 11.30 pagi camtu..

1st time pegang M16 memang menggigil-gigil tangan..even masa hari Isnin aritu buat sesi pengendalian senjata kat dewan sekolah pon aku ketaq-ketaq nak pegang M16 apatah lagi la yang hari ni punya..kalau masa kat dewan aritu peluru kapur, tapi yang hari nih punya peluru hidup..punya la takut sampai rasa takmo menembak..tangan memang seram sejuk abes la..kalau buleh balik umah time tu jugak aku balik umah..hahah

Tapi sebab tengok yang bebudak form 1 form 2 pon buleh menembak takkan aku yang tua bangka nih tak buleh pulakkan..so gagahkan diri menembak jugak walaupon takut..dengan peluru sebanyak 17 butir tu korang rasa brape je yang masuk target? Haha..masuk 1 je wei..hat lain sume kena kat tempat lain termasuk la kat tanah jugak..memang membazir peluru betoi la..aku rasa aku shoot arrow masa memanah pon tak teruk camni hasilnya..hahah..sungguh memalukan!!!

Pas abes menembak pakcik polis tu tanya amacam best tak?mesti rasa nak menembak lagi kan..

Huhu..aku geleng kepala..takmo menembak dah pasni..aku lagi rela memanah daripada menembak..1 sebab aku takut giler pegang senapang tu..2 sebab aku takut giler dengan peluru yang betoi tu..tapi tak tau la kalau akan-akan datang aku berubah fikiran kan..tapi..rasanya memang tak mo dah pegang M16 tu..

P/S : gambaq masa tengah menembak memang tak amik..gambaq masa dok santai dan ramai-ramai ngan jurulatih dan pelajar memang ada..ada masa nanti aku updet gambaq..la ni layan gambaq lepak dulu ngan pelajar Prau yang p menembak.




~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

0 comments:

Post a Comment