kawan2 followers tercayang

Saturday, 16 November 2013

1st anniversary ^_^

Assalamualaikum


Alhamdulillah syukur pd Allah swt
Sedar x sedar dah setahun usia perkahwinan kami
Skejap je masa berlalu

Kalau nk kenang blk
Byk memori dan kenangan yg tercipta
Ada pahit ada manisnya
Tp adat la kan idup berumahtangga nih
Sedangkan lidah lg tergigit inikan pulak laki bini kan
Gado2 manja dan sentap2 gedik tu biasa la kan..hihih

Tp pape pon
Sume tu leh dijadikan pengalaman idup
Yg baik diteruskan...yg buruk buang ke tepi

Menyusuri kehidupan 365 hari bergelar suami isteri
Masih byk yg perlu kami pelajari
Masih jauh perjalanan yg nk diharungi
Even masih lg PJJ
Tp terpaksa la redha ngan ketentuan Ilahi
Moga satu masa nti Allah swt permudahkan urusan kami utk tggal bersama

Bini mana yg sanggup berjauhan ngan suami sendiri
Suami mana yg sanggup berjauhan ngan isteri sendiri
Tp demi tuntutan tugas dan t/jwb kpd negara
Maka sama2 la merelakan
w/pon dlm ati rasa berat ati nk tggalkan antara satu sama lain

Untuk suami tersyg
Thank you for being my perfect husband
Thank you...thank you...thank you..
I love u so much...
Smoga Allah swt merahmati kasih syg dan cinta kita hgga ke syurga...amin



~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Tuesday, 12 November 2013

Abg hensem in da house

Assalamualaikum frens

Heheh...ari nih bahagia sgt2
Suami kesayangan dah ada kat depan mata
Iols eksaited giler bile si hensem bgtau cuti dia dah approved

So semalam cik bini ngan semangatnya p amik encik suami kat airport
Iols eksaited nau p airport Penang tu...hahah
Sampai kat sana awal 2 jam lebih...mmg poyo sesangat

Ahhh...poyo x poyo
Yg penting encik asben dah ada depan mata
Kali nih best sgt2 sbb si hensem cuti panjang
So buleh jln2 pusing Malaysia...kihkihkih
Pastu buleh la nk p hanimun sakan
Hanimun buat anak...heheh..aminnnnn

Pastu sambung hanimun kat Labuan pulak
Si hensem cuti smpai 8 Disember..
Iols pulak cuti skola panjang lg
So leh la ikut si hensem blk Labuan...yeayyyyyy

Harap2 cuti skola nih xde sapa la carik iols
Iols nk bercuti ngan amannya bersama2 suami tersyg
Opis pon jgn roger2 i tau
Kasihanilah i nih yg skali-skala je dpt jumpa asben nih...cian tau

Memandangkan skola pon berbaki 4 ari je lg
So iols yg gedik2 nk manja2 ngan asben nih kan
p skola berhantar dan berambik oleh asben iolss la..kelas kau jah!!!
Bestnye bestnya...heheh
Pastu leh p lewat ckit sbb xyah nk serabut kepala berebut parking kete

Pastu sok kna p Tepeng bwk atlet memanah
Atlet2 ngan cikgu depa yg gojes nih nk p majlis anugerah sukan PPD
Yg tu nti iols updet lain k
Oleh kerana si hensem iols ada
So esok nk mintak si hensem anta kan...yeayyy

I missed my asben so much
X sabaq nk tggu blk skola
Iols nih jap2 asik tgk jam je
Kalau buleh nk pusing je jarum jam tu ke pukul 1.05pm!!!!
Iols is x sabaq





~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Friday, 8 November 2013

Apabila Kasih Kian Hambar

assalamualaikum uols

semalam masa blogwalking iols jumpe artikel nih...
so saja tempek kat sini spaya kita sama2 mendapat manfaatnya

Rencana asal http://intim.wordpress.com/2008/02/29/apabila-kasih-kian-hambar/


APA yang perlu dilakukan jika pasangan isteri atau suami tiba-tiba tidak lagi mahu berbual mesra seperti dulu? Jika bercakap pun, cuma perkara-perkara yang penting dan komunikasinya terhad.
Apabila ini mula berlaku, janganlah berharap untuk mendengar tutur kata romantis seperti ‘sayang’, ‘manja’ dan sebagainya. Malah jika perkara ini dibiarkan berlanjutan tidak mustahil sesebuah institusi perkahwinan itu menjadi semakin hambar dan lebih mengharukan mampu menghilangkan perasaan kasih sayang antara suami isteri.
Jika ini mula terjadi dalam rumah tangga, ini adalah petanda awal bahawa komunikasi antara suami isteri sudah mula mengalami gangguan atau breakdown.
Pegawai Penerangan di Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga dan Negara (LPPKN), Fouziah Hanim Yahya berkata, apabila tanda-tanda kurang kemesraan itu berlaku, pasangan perlulah bermuhasabah dengan menanyakan semula apa sebenarnya diinginkan daripada kehidupan berkeluarga.
“Ambil masa untuk mengenali diri anda sendiri termasuk pasangan anda, kemudian cuba fahami perbezaan personaliti antara anda dan keluarga anda. Apabila sudah mengenalpasti keadaan tersebut, cuba tenangkan hati dan berkata pada diri sendiri bahawa anda boleh menerima pasangan seadanya,” ujarnya dalam ceramah di LPPKN, baru-baru ini.
Adalah penting bagi suami isteri mengutamakan 3K iaitu keyakinan, kepercayaan dan kasih sayang (3K), di mana perantara untuk 3K yang mantap ialah komunikasi.
Komunikasi boleh berlaku dalam banyak cara iaitu secara lisan, bukan lisan dan simbol. Ia juga terbahagi kepada dua bentuk iaitu interpersonal (dua hala atau lebih) dan intrapersonal (sehala atau diri sendiri).
“Mengapa komunikasi itu amat penting? Kerana menerusi komunikasi yang baik, kita dapat mengetahui maksud yang ingin disampaikan oleh pasangan secara jelas dan khusus. Komunikasi juga adalah medium untuk meluahkan perasaan, mengenali reaksi serta menyalurkan maksud yang tersimpan di dalam hati.
“Cara kita berkomunikasi itu mesti dengan betul, contohnya apabila berbicara dengan pasangan, mestilah memandang matanya dan jangan cakap dengan membelakangkan pasangan kerana itu menunjukkan yang kita tidak hormat kepada pasangan kita.
Konflik
“Jika kita mendapat pasangan yang banyak bercakap, pastikan kita menjadi pendengar yang baik, jangan bercakap serentak kerana ia boleh menimbulkan salah faham dalam komunikasi. Sebaiknya, dengar dengan aktif, tanamkan rasa hormat terhadap pasangan masing-masing dan tambah ilmu tentang cara bagaimana untuk menguruskan konflik bagi menyelesaikan isu yang diutarakan oleh pasangan,” jelas beliau.
Bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang menghalang komunikasi dan perlu dikenal pasti oleh setiap pasangan suami isteri.
“Ini sebenarnya bermula dengan diri kita sendiri, justeru jika kita sebelum ini bukanlah seorang pendengar yang baik maka ubahlah menjadi sebaliknya. Jika tabiat kita suka menyampuk, cuba hentikan perangai itu, sebaiknya tunggu masa yang sesuai untuk berkata-kata.
“Reaksi atau mimik muka juga penting untuk menyalurkan maksud, justeru janganlah membuat mimik muka yang tidak disenangi oleh pasangan. Sebaliknya cuba berikan senyuman manis kepada pasangan anda untuk menenangkan hatinya.
“Mulakan eye contact ketika berbicara dan elakkan berbincang perkara yang tidak sesuai dengan keadaan yang tidak kena dengan topik yang ingin dibincangkan,” jelas Fouziah lagi.
Untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, adalah penting bagi pasangan yang mendengar, memberi perhatian kepada isu yang ingin dibincangkan oleh pasangannya.
Katanya, jika suami atau isteri yang mendengar itu mengambil serius perkara yang dibincangkan, maka pasangan akan merasakan bahawa mereka mempunyai tempat untuk bergantung dan mendapat kepercayaan.
“Kesimpulannya komunikasi yang baik demi keutuhan sesebuah rumah tangga itu terletak di tangan anda sendiri,” katanya.

~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

(Edisi Bulan Madu) Dating2 Teluk Cempedak

Assalamualaikum frens n stalkers

Ari nih kita sambung citer ye
Sambungan drpd entri SINI

Masa stay kat Indera Mahkota xde byk tempat pon p jln2
Maklum lerr masa terhad pastu letih pulak
Jadik kita ngan asben cuma kuar p Pantai Teluk Cempedak je la

Konon2nya kuar nk p cari sata ngan kopok lekor
Tp x jumpe la pulak...huhu
So kempunan ckit la nk mkn sata tu...sobsobsob

Kitorg kuar p Pantai Teluk Cempedak pon dah lewat sgt
Time smpai tu mmg full parking
Org pulak tok sah dok ckp ar mmg melambak2
Maklum la ari ahad mmg ramai la

Sampai2 Teluk Cempedak tu kitorg park Dugong Hitam kat parking luar
Tp berbayar jugak la
Kalau x silap parking rm1 kot
Pastu sbb masing2 x mkn tghari lg so lepak kat Restoran Warisan
Encik asben order nasi goreng USA ngan sotong goreng tepung
Cik bini lak order nasi goreng kerabu
Tp nasi goreng cik bini x rasa pon ulam-ulaman kerabunya

Pas masing2 dah kenyang baru la jln2
Nk lepak tepi pantai ramai sgt org
So kitorg just jln2 ikut laluan yg disediakan sepanjang pantai tu
Laluan tu pon mcm jambatan yg dibina ditepi batu2 sepanjang pantai tu

Pastu lepak2 jap kat situ...ketik2 gambar satu dua
Dlm kul 6 camtu blk ke hotel
Singgah Mac D beli utk dinner
Pastu terus blk hotel
Mlm tu kan ada final Piala Malaysia Pahang vs Kelantan

So mlm tu mmg lepak2 depan tv je la
Nih rasanya kali ketiga teman asben tgk bola..hihih
W/pon kita xbrapa amik tau sgt psl bola nih
Tp suami pnya psl sanggup je teman kan dia tgk bola..heheh









~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Thursday, 7 November 2013

Perak - Nilai - Kuantan - Nilai - Perak

Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah

Baru2 nih cuti Deepavali
So sempat la bwk tok ngan tokwan p umah pak sedara kat Nilai
Pastu plan nk blk ke Kuala Lipis umah f.i.l
Tp skali asben lak xleh blk kg
Sedey giler sbb asben ada kat semenanjung tp x leh blk kg
So terpaksa tukaq plan plak
Dah laki x bleh blk terpaksa la bini p Kuala Terengganu sana utk jumpa laki

Tp nasib baik la sarjan yg incas pasukan asben tu bg gak kelonggaran
So x yah nk p Terengganu tp jumpa kat Kuantan

So Sabtu tu bermula la journey ke Kuantan secara solo..cewahh
Dlm ati takut gak sbb x pernah drive jauh2 ke tempat org
Pastu sorang2 lak tu...mmg nebes mak jemah ni
Tp sbb keinginan yg kuat sgt utk jumpa asben
Gagahkan ati p ke Kuantan w/pon penat drive dari Perak ke N9 x ilang lg

Masa p tu bertolak dari Nilai kul 9 pg
Amik highway LEKAS ke Kuala Pilah
Masa p Kuantan ni kak jemah ko amik jln biasa
Jauh giler lak tu...nyesal x lalu KL...huhu
Tp nk lalu KL time tu takut sesat
Nk2 pulak makndak bgtau kata ramai org pantai Timur blk ikut Kuala Pilah
So pjlanan aritu mmg melalui byk tempat2 yg mmg x pernah sampai lg
Nilai - Kuala Pilah - Jempol - Rompin - Muadzam Shah - Kuantan - Indera Makhota
Ada la beberapa tempat lg yg kita lalu tp x ingat pulak nama tempat tu
Cuma yg pasti kita dah tau katne TUDM Bukit Ibam ngan TUDM Kuantan...hihih
Pas melalui pjlanan yg sgt2 panjang kul 2 baru smpai Kuantan
Uihhhh letih giler rasa badan nih
Tobat dah xmo lalu jln biasa dah...penat yg amat
Dgn jalanraya kecik susah nk potong kenderaan lain
Ngan lorinya yg byk dan bwk terhegeh2 mmg menguji kesabaran betoi
Tekad time blk nk amik highway gak biarpon sesat ke apa ke

So pas sampai Kuantan kita pusing blk p Indera Mahkota
Carik2 hotel dpt la Hotel City Times
Betoi2 dekat ngan Kompleks Sukan Hoki tu
So far hotel nih bagus gak la
Satu mlm rm120 + breakfast
Pastu dekat ngan terminal bas Kuantan
Cuma yg x best ada tikus dlm bilik
Sementara nk tggu asben smpai mlm tu mmg ketaq2 la takutkan tikus

Kita ngan asben lepaking kat Indera Mahkota selama dua ari
Sempat la p pantai Teluk Cempedak tu
Tp yg tu nti kita citer entri seterusnya nti

Pas 3 ari 2 mlm lepaking kat Indera Mahkota
Seninnya bertolak la blk ke Nilai
Asben lak blk semula ke TUDM Gong Kedak
Kali nih blk kita amik highway pantai timur
So pjlanan singkat sbb highway x sibuk
Kuantan - Gombak - Ampang - Nilai
Total masa 3 jam lebih je
Kalau tau x sesat
Masa nk p aritu amik highway je...hahah




~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~