kawan2 followers tercayang

Saturday 21 May 2016

Resepi : Roti Goreng Rempah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah masuk musim hujan skarang ni..takde la rasa panas sangat cuaca.
Tapi hujan-hujan ni rasa lapaq la pulak! Berkeriut je bunyi perut nih..dah tu acaner nak kurus kalau kejenya asik makan je..muahaha.

Teringat pulak aritu tok ada goreng keledek salut tepung rempah..bunyi macam sedap je kan..hehe.
Tapi pagi tadi dah breakfast keledek goreng..takkan minum petang pon nak makan keledek lagi..nanti asik nak kentut jaaa..euwww.

So kita olah la resepi yang sedia..bahan pon kita kasi tukaq..kita yang buat dia kan! Haha.

Resepi Roti Goreng Berempah

Bahan-bahan:
6 keping roti Gardenia - ikut suka nak potong 4 atau potong 2
Dua tangkai daun kari
1 sudu besaq serbuk rempah kari ayam/daging
1 cawan tepung goreng KFC 
1 cawan air
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara membuat:
1) Kisar semua bahan kecuali roti gardenia.
2) Bila dah selesai kisar, tuang adunan dalam mangkuk.
3) Panaskan minyak yang secukupnya untuk menggoreng. Macam aku masak tadi, minyak untuk menggoreng tu memang aku letak banyak macam nak goreng cucur ikan bilis..
4) Bila rasa minyak dah ready untuk menggoreng, celup roti gardenia dalam adunan yg dikisar tadi.
5) Lepas tu masukkan dalam kuali yang ada minyak panas tu.
6) Balik-balikkan roti dalam kuali tu dan la dalam tiga ke empat minit. Pandai-pandai la adjust timing dia.
7) Bila dah nampak cantik colour dia boleh la korang angkat.
8) Pastu roti goreng rempah tu pon dah sedia la untuk di'ngap'!!

P/S : korang takut roti tu berminyak??? Haishhh...tak dak lah wehhh..tadi walaupon dah sejuk tapi roti goreng tu tetap la rangup dan tak lembik..masih rasa crunchy gitu lorr..

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera :)





~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Monday 16 May 2016

Selamat Hari Guru 2016


Assalamualaikum..

Selamat Hari Guru kepada semua rakan pendidik di seluruh Malaysia..hari ini hari yang paling bermakna untuk kita :) 

Selamat Hari Guru juga untuk mama dan abah..antara insan terpenting dan terawal yang menjadi guru kepada diriku..dirimu begitu berharga :)

Tahun 2016 tahun ke-6 sambut Hari Guru..time flies but memories last forever :)

P/S : tema royal blue tahun ni



~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Thursday 10 March 2016

Bertindaklah Sekarang

Assalamualaikum...

Emas makin hari makin naik harganya

Sampai satu masa nanti nilai harganya yang tinggi mampu membeli sebiji banglo dengan harga cash

Jangan tunggu lagi

Jangan fikir lagi

Lagi lama anda fikir..lagi banyak anda rugi

Mari simpan emas sekarang!!!

1 bulan 1 gram 1 keluarga :)

Bertindaklah sekarang..







~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Wednesday 9 March 2016

Marilah Menyimpan Emas

Assalamualaikum..

Korang pernah terfikir nak simpan emas tak? 

Dulu-dulu aku selalu terfikir buleh ke tetiap bulan nak simpan emas..aku nih dah la jenis tak suka pakai barang kemas ala-ala mami jarum tu..kalau ada pon takat cincin nikah sebentuk gelang tangan seurat dua..hat cincin tunang dan risik masuk peti besi!

Pastu bila tengok kat Fb orang dok share pasal emas itu emas ini rasa cam "eh..aku nak beli jugak la cam Bedah pakai tu..cantik sangat..tapi nanti kalau beli tapi tak pakai rugi pulak.."

Hah..kalau korang pernah alami situasi macam aku tu..suka emas tapi rimas nak pakai banyak-banyak..korang buleh menyimpan dengan cara macam ni..

1 Bulan 1 Gram 1 Keluarga


Langkah Permulaan Untuk Buat Saving Emas
1. NIAT - bila dah pasang niat insyaAllah Allah mudahkan jalannya

2. Menuntut ilmu - Cuba join group khas simpan emas. Contohnya macam group tempayan emas 999. Banyak sangat info yang boleh kita dapat setiap hari.

3. Tanya pada orang yang betul - Jangan tersilap langkah konon2 nak melabur sangat..last2 terperangkap dengan pelaburan bukan2.. macam powergold , menawarkan emas fizikal serendah 1gram
4. Asing siap2 duit pendapatan - Nak beli emas kena ada duit juga. Jadi nak taknak, paksa diri untuk menyimpan. Simpan emas lebih bagus sebenarnya.
5. Membeli pada orang yang betul - Carilah penjual yang sah berdaftar dengan mana2 syarikat yang sah. Komfem dulu keahliannya. Sekarang ramai orang menipu.
6. Belilah sedikit sedikit ikut mampu - Bila kita ada wang sedikit, cepat2 tukarkan kepada emas. Powergold menawarkan pembelian emas serendah 1gram.
7. Simpan di tempat yang tidak dijangka - Okey..yang ni..tolong jangan bagitahu orang dimana tempat kamu menyimpannya.
Semoga bermanfaat.

MULAKAN SIMPANAN ANDA HARI INI. TUKARKAN SEDIKIT WANG ANDA KEPADA EMAS SEBAGAI SIMPANAN JANGKA PANJANG.
Jom kumpul emas














~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Friday 4 March 2016

Alkisah Prau 1 (2014)

Assalamualaikum..

Rasa-rasanya aku tak pernah mengabadikan cerita pasal anak-anak Prau1 nih kat dalam blog aku..tapi..hari ni rasa macam nak share cerita pasal depa..agaknya cikgu awak ni rindu kot kat anak-anak Prau1..heheh

Masa tahun 2014 aku dapat jadi guru kelas Prau1..kelas yang paling ramai ahlinya untuk batch Prau 2014..22 orang anak-anak remaja yang hensem-hensem dan cantik belaka..memang aku suka sangat dapat jadi mak depa..hihih

Setahun bersama depa, memang macam-macam perangai aku jumpa..walaupon adakalanya sesetengah fe'el depa buat aku sedih dan terasa hati..tapi aku maafkan jugak la..dah la dorang nak exam STPM..nanti tak berkat pulak ilmu kalau cikgu masih terasa hati sebab doa cikgu nih macam doa mak ayah jugak..cikgu tak redha hilang pulak keberkatan belajar nanti T_T Ok stop membebel pasal kecik-kecik hati nih..benda dah lepas kan..

Oleh sebab ada 29 orang penghuni kat dalam kelas Prau1 nih..maka ada 29 perangai yang berbeza..nasib baik depa bukan budak darjah 1..kalau tak..jenuh aku nak mengadap pe'el masing-masing..haha

Kelas Prau1 nih istimewa sebab ada Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas..nampak macam kelas paling senior, paling skema, paling terbaik, dan segala paling la..hahah..tapi sebenaqnya depa tak skema pon..bagi aku kelas Prau1 ni la ahli-ahli dia sangat ceria, sangat happening, sangat close each others dan blablablabla..

Macam contoh kalau nak tengok geng-geng budak baik dan skema ada Rosfazilah, Nazirah, Shuhada ngan Wani..macam Wani, Nazirah ngan Suhada tu memang susah nak dengaq suara depa dalam kelas..asik senyum memanjang..memang cikgu senang hati la ngan sikap sopan santun depa..Ros pulak walaupon aku masukkan dalam geng kategori skema tapi skema dia waktu tertentu je..hahah..Ros nih Penolong Ketua Pengawas..so mai waktu dia tegas memang nampak tegas sampai ada yang tak suka kat dia..tapi normal la kan ada orang suka ada yang tak suka..tapi macam aku personally memang takdak masalah ngan Ros..dalam kelas suka tanya cikgu soalan yang dia tak paham..pastu berbakat pulak si Ros nih..kalau jadi emcee waktu perhimpunan atau apa-apa majlis suara dia sangat la sedap..ada lenggok-lenggok pengacara campur pembaca berita..tahun 2014 dulu pernah bawak Ros p pertandingan syair..memang meremang dengaq dia bersyair..macam Ros skarang sambung belajar kat UITM..Nazirah pulak kat UMT..Wani ngan Suhada pulak senyap tanpa khabar berita..

Kalau geng bollywood pulak kelas Prau1 ada Kalayvani, Vithiyal, Mugilan dengan Geethane..4 orang bintang hindustan nih memang rapat sesama depa..tapi..walaupon berlainan bangsa dan agama, depa nih sehati sejiwa jugak dengan ahli-ahli Prau1 yang lain tu..apa-apa event yang class buat depa join jugak..so xde la diskriminasi ke apa ke..macam sekarang walaupon masing-masing dah bawak haluan sendiri tapi masih keep in touch dalam wasap group..macam Geethane sekarang kat kolej swasta kat Penang, Vithiyal kat UPSI, Kalay kat UMK, dan Mugilan pulak kat UUM.

Geng seterusnya adalah geng melawa a.k.a geng cermin..hahah..geng nih ada Azila, Jen ngan Syu..geng nih dalam kelas dok baris tepi tingkap..walaupon Azila je yang selalu aku nampak dok bercermin, tapi sebab depa dok satu line maka aku gelarkan geng cermin..hehe..jangan marah cikgu na..saja usik-usik anak-anak murid cikgu yang dah lama tak jumpa nih..geng nih buleh jugak dikatakan geng ayu walaupon si Jen tu nampak cam ganas ckit..Jen nih ganas bukan la jenis ganas kaki gaduh tu..tapi apa yang aku nampak Jen seorang yang tegas dan tak mudah diperkotak-katikkan..tu pasal bila masuk UUM dia join Rotu..macam Azila ngan Syu pulak jenis lemah lembut senyum sokmo..kalau nak dengaq suara depa dua pon macam tak brape nak jelas jugak..anak dara pingitan betoi..hahah..Syu aku tak tau sekarang dok buat apa..mungkin keje mungkin sambung belajar..Azila kat UMK, Jen pulak kat UUM..

Next adalah jejaka hot di pasaran..ramai peminat depa nih..kebanyakan peminat depa junior-junior yang tengah dok syok layan perasaan minat orang tu minat orang ni..haha..geng 3A cikgu-cikgu Prau gelar untuk jejaka bertiga nih..port depa dalam kelas adalah bawah kipas baris tengah line belakang skali..geng nih tiga-tiga pengawas sekolah..Azim, Adib, Amzar..Adib merangkap Ketua Pengawas..tengok badan memang ada gaya abang besar jaga kawasan..hehe..tapi Adib nih buleh dikatakan sebagai Ketua Pengawas yang low profile..jarang sangat tengok dia kat atas pentas waktu perhimpunan sampai ada cikgu-cikgu arus perdana yang tak kenal dia..Amzar pulak dengan rupa yang good looking tu memang ramai peminat la..pernah masa aku relief kelas form5 dulu dok dengaq budak-budak perempuan dok bercerita pasal Amzar..melting tengok Amzar la..secret admirer Amzar la..Amzar cute la dan macam-macam lagi la..haha..Azim pulak aku tengok jenis manja tapi suka usik orang..pernah masa perhimpunan skola tersasul sebut nama skola Sg. Bayor..haha..tapi manja si Azim bukan la manja yang auwww tu..manja dia manja nak tarik perhatian cikgu..Azim nih lepas dapat result STPM dulu memang rajin wasap aku untuk tanya pasal kursus-kursus kat U..semangat betoi dia nak sambung belajar..skang nih dah ada pon kat UNISEL..Adib pulak kat UNIKL..manakala Amzar lepas abes STPM terus dapat keje pegawai imigresen..

Geng seterusnya geng bawah kipas jugak..tapi geng nih dok kat baris tengah dan di tengah-tengah kelas..geng nih geng campuq loghat pattani Sg Bayor dan pattani Batu Kurau..antara depa berempat, Hadi loghat dia tak berapa pekat sangat..Hadi nih sopan santun budaknya..pelajar lelaki paling kecik dalam kelas selain Syahril..masa Hadi jadi ketua kelas memang rajin sangat hantar attendance kat pejabat setiap pagi..skang nih Hadi sambung belajar kat Kolej Komuniti..Syahril ngan Hafiz pulak bakal cikgu..Syahril kat UPSI, Hafiz pulak kat USM..depa dua ni la yang kalau dalam kelas memang pekat loghat pattani masing-masing..sorang Sg. Bayor sorang Ijok..dok dalam kelas sebelah menyebelah..haha..memang pening kalau dengaq depa cakap guna loghat masing-masing :) sorang lagi adalah Firdaus..pon pekat dia punya loghat pattani dia..paling hingaq dalam kelas..haha..tapi pandai bersajak si Firdaus nih..pon meremang bulu roma kalau dengaq dia bersajak..

Geng akhir sekali geng datin wannabe..heheh..geng nih geng volleyball sekolah..empat-empat orang pandai main volleyball..dalam kelas dok baris tepi tingkap..4 sekawan yang datang dari skola yang sama..Syamin, Aishah, Natrah ngan Sally..macam Syamin nih kawan-kawan sekelas suka panggil dia Datin Min..tapi memang nampak gaya datin-datin pon..heheh..mungkin sebab penampilan kemas pastu nampak bergaya terus dipanggil Datin Min..hehe..semoga suatu hari nanti masin mulut kawan-kawan yang mendoakan jadi datin betoi la awak nanti Syamin..hehe..Aishah, Nat ngan Sally pon nampak gaya macam nak ke arah datin wannabe jugak tu..heheh..dalam kelas geng 4 orang ni rajin stadi sama-sama..depa ni peramah sangat-sangat dan budak-budak lelaki pon suka dok lepak kat tempat depa..kira kamcing sangat-sangat la orang kata..tapi memang betoi pon sebab kalau ada apa-apa hal memang anak dara 4 orang ni la yang dicari oleh anak-anak bujang kelas Prau 1..heheh..

Last but not least..ada sorang lagi ahli keluarga Prau 1..Zafirah namanya..tapi Zafirah nih dah berhenti form 6 masa pertengahan tahun 2014..berhenti pon bukan sebab nak kawen tapi dia dapat tawaran SPA..so pasni Zafirah jadi nurse la..heheh..

So total semua anak Prau 1 bilangannya adalah 23 orang..tapi minggu lepas kami semua kehilangan Amzar..kehilangan yang sangat besar sampai semua orang rasa macam tak percaya yang Amzar dah takde dah tinggalkan dunia ni untuk selama-lamanya T_T kisah pemergian Amzar ada aku nukilkan kat entry ini..aku sendiri pon macam tak percaya masa dengaq berita Amzar dah takde..sampaikan ada sorang cikgu Prau berkongsi perasaan dia pasal Amzar..katanya masa solat jenazahnya dia pon rasa tak percaya dan terdetik kat hati dia yang sepatutnya anak murid yang solat kan jenazah cikgu, tapi yang berlaku adalah sebaliknya..memang mati itu tidak mengira usia..tak kira tua atau muda memang kena bersedia..

Entry kali nih memang entry yang sangat sentimental bagi aku selain entry arwah Amzar yang aku tulis sebelum nih..entry nih sebagai tanda ingatan aku pada anak-anak Prau 1 yang selalu aku rindu..yang sentiasa aku sayang..yang sentiasa aku ingat dan kenang..moga-moga cikgu takkan melupakan awak semua dan awak semua jugak tidak akan melupakan cikgu..

Cikgu minta maaf kalau waktu cikgu mengajar anak-anak Prau 1 dulu cikgu ada buat benda-benda yang korang tak suka atau terasa hati..cikgu minta maaf jugak kalau ada yang terasa cikgu macam pilih kasih dan sebagainya..cikgu sayang korang semua..marah cikgu marah kerana sayang bukan sebab benci..terima kasih sebab korang semua menjadi sebahagian daripada kenangan manis cikgu sampai ke hari ini..cikgu sayang semua..semoga ukhwah kita berkekalan sampai ke syurga..amin ya rabbal'alamin :)














~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Friday 26 February 2016

Amzar..dalam kenangan dan doa

Assalamualaikum..

Hari nih hari yang menyedihkan..datang skola pagi tadi dapat berita bekas pelajar STPM 2014 telah kembali ke rahmatullah..al-Fatihah untuk arwah Muhammad Amzar bin Norani..

Pagi tadi dalam pukul 4.30 telefon berdering..tengok nombor yang naik adalah Amzar Prau1..tapi masa tu tak tergerak hati nak jawab call sebab ingat arwah salah dail no.fon..sampai kat skola terus anta wasap kat group depa tanya kenapa Amzar call cikgu..tak sempat tunggu reply wasap dari Amzar, telefon berbunyi sekali lagi..terus jawab call dan tanya kenapa Amzar call cikgu..tapi..sayangnya tuan di sebalik talian sana bukanlah Amzar.."cikgu..ni adik Amzar..Amzar eksiden pagi tadi..dia dah takde..skarang jenazah dah on the way bawak balik ke rumah.."

Lemah sangat lutut bila dengaq arwah dah takde T_T terkejut, tergamam, sedih..semua rasa bercampur baur..sebab dah kebetulan masa tu ada kat bilik guru so terus bagitau pada teacher Norlida pasal Amzar..dalam masa yang sama terus khabarkan berita tersebut dalam wasap group guru-guru prau..

Dalam pukul 9 pagi lepas dapat kebenaran pengetua..terus bergerak ke rumah Amzar dengan cikgu-cikgu perempuan yang lain..masa sampai kat rumah arwah, jenazah belum tiba lagi..jadi sempat la berborak dengan ibunya..ibu Amzar bagitau Amzar takde luka luaran..cuma mengalami luka dalaman..mungkin tu penyebab dia maut serta merta ketika eksiden tengah malam tadi..aku memang salute dengan mak Amzar..walaupon kehilangan anak lelaki..tapi mak Amzar masih tabah dan kelihatan tenang..masih lagi buleh bercerita macam mana arwah Amzar buleh eksiden..

Tak lama lepas tu..van jenazah sampai..alhamdulillah dapat jugak cikgu awak ni melihat buat kali terakhir arwah Amzar..masa tu jenazah tak dikafankan lagi..tengok muka Amzar tenang je macam tengah tido..cuma ada sikit kesan luka kat mulut arwah..masa tu leher arwah berbalut..mungkin kesan daripada eksiden tengah malam tadi..

Masa dapat tengok wajah arwah buat kali terakhir..memang aku rasa sebak sangat..laju je air mata menitis melihat bekas anak murid yang tak pernah ada masalah disiplin kat sekolah, yang disenangi cikgu dan kawan-kawan dah terbujur kaku...al-Fatihah untukmu anak yang baik..moga syurga tempatmu Amzar..

Mengingat kenangan dua tahun lepas..teringat masa bersama-sama arwah dan rakan-rakan dia yang lain..masa tu aku mengajar BM kelas depa merangkap jugak sebagai guru kelas prau1..walaupon kadang-kadang tu terasa jugak dengan sikap depa yang main-main waktu belajaq tapi aku dah maafkan semuanya..normal la bila ada yang tak serius ketika sesi PdP..tapi rasanya kenangan manis jugak la yang aku kenang ketika bersama depa..kelas pertama yang aku jadi guru kelas..memang kenangan terindah sebab 1st time dapat anak-anak yang nak hampir sebaya dengan aku..tapi aku anggap depa macam adik-adik aku sendiri sebab aku pon ada adik yang sebaya dengan depa..lepas tu ingat lagi masa tu depa dekat-dekat nak exam STPM Penggal 2..gigih aku wat kelas tambahan untuk depa..seronok sangat bile sume attend kelas tambahan..sebagai menghargai semangat depa nak belajaq tu kadang-kadang time kelas tambahan aku order mee goreng ngan ayaq kat kantin skola..seronok tengok depa makan sambil belajaq..memang rindu saat-saat tu..

Pastu kenangan yang paling indah bila dorang anjurkan jamuan akhir tahun kat taman tasik Tepeng..seronok sangat bila tengok depa rapat antara satu sama lain..rasa ukhwah yang terjalin tu erat sangat..terima kasih anak-anak prau1 2014 sebab hadiahkan cikgu kenangan yang paling indah buat cikgu..kenangan bersama kalian tak pernah luput dari ingatan..cikgu bangga bila sebahagian daripada kalian berjaya dengan cemerlang dalam STPM 2014 dan berjaya masuk universiti..macam arwah Amzar..pas STPM terus dapat offer keje dengan imigresen..memang cikgu bangga sangat-sangat anak-anak cikgu berjaya..

Cikgu harap anak-anak cikgu yang lain tabah dengan pemergian Amzar..kita semua doakan semoga arwah Amzar tenang di sana dan ditempatkan bersama para solihin..biar la semua kenangan Amzar bersama kita sentiasa segar dalam ingatan masing-masing..sentiasa hadiahkan al-Fatihah untuk arwah setiap kali solat dan setiap kali kita teringat arwah..

Tenang la dikau di sana anak soleh..Muhammad Amzar bin Norani 1995-2016
Ex-SMK Sultan Badlishah, Ex-Maktab Tentera Diraja dan Ex-SMK. Dato' Hj Hussein..kami semua sayang dan rindu awak..cikgu takde apa nak beri kat awak..cuma al-Fatihah yang dikirim sebagai tanda ingatan untukmu di sana..

PS : Tragedi kemalangan arwah ada dilaporkan dalam akhbar harian metro hari ni..









~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Wednesday 24 February 2016

Resepi : Popia Ketam Cheese

Assalamualaikum..

Menu minum petang chef Ninie itu hari adalah popia ketam cheese..senang cari bahan..senang buat...senang ngap..hahah..kali nih punya menu less is more kaedahnya..

Resepinya memang senang dan ringkas..buleh buat banyak-banyak..buh dalam tupperware dan simpan dalam peti sejuk..frozen food kaedahnya..benda dah tersedia..nak makan baru goreng..gitu tuan-tuan puan-puan

Meh kita cek bahan-bahan dia..

Resepi Popia Ketam Cheese

Bahan-bahan :
Kulit popia
Crab stick (isi ketam yang sedia ada ada tu.biasanya orang buat yong tau fu tu)
Chessdale (yang slice tu. Kalau takdak apa-apa cheese pon buleh jugak)
Sedikit air (untuk gamkan kulit popia tu nanti)

Cara-cara :
1) Bentangkan kulit popia atas pinggan / dulang
2) Potongkan cheese..macam aku aritu slice cheese ada sikit je..so nak jimat 1 slice tu aku potong lima..memang kedek betoi la kan..haha
3) Letak potongan cheese di ujung bucu kulit popia - rujuk gambaq bawah
4) Pastu letak pulak isi ketam tadi atas cheese - rujuk gambaq bawah
5) Dah siap..gulung dan lipat kiri kanan pastu gulung-gulung lagi sampai ujung..dah sampai ujung korang sapu sikit air untuk gamkan dia
6) Buat la sampai abes isi ketam dan cheese korang tu..
7) Pastu goreng dan buleh la di ngap

Senang je kan resepi kali nih..senang dan ringkas semudah abc123 gitu..hehe..selamat mencuba dan selamat menjamu selera!!! Popia ketam cheese nih korang buleh cicah dengan sos dan mayonis..memang mabeles la minum petang korang nanti..hikhikhik






~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Tuesday 23 February 2016

Resepi : Ikan Siakap Steam

Assalamualaikum..

Rajin benor kan aku mengupdate skang nih..haha..sebenarnya gambaq kat iPad dah banyak giler..so skarang nih dalam proses nak mendelete gambaq..so..sebelum gambaq-gambaq nih didelete moh le kita buh dalam blog..buleh jugak simpan sebagai rujukan nanti..

Biasanya ikan siakap nih aku buat masak 3 rasa je..tapi aritu incik suami request nak makan siakap steam..konon-kononnya nak berdiet la..aku pulak memang tak pernah masak ikan siakap steam..so berpeluh jugak la nak mencari resepi..haha

So..hasil dari google sana sini..maka aku gabungkan je semua resepi-resepi tu dalam resepi versi aku..alhamdulillah 1st time buat menjadik jugak..pasni buleh buat lagi...yeayyyy 

Resepi Siakap Steam

Bahan-bahan :
Ikan siakap - saiz sederhana
1 sudu sos tiram
2 biji lemon - hiris nipis dan buang kulit
2 sudu air lemon
10 - 15 biji tomato ceri - belah dua
3 inci halia - racik halus
2 biji bawang putih - tumbuk kasar 
1 biji bawang besar - potong nipis
10 biji cili padi - belah dua
Secubit garam
Aluminium foil

Cara membuat :
1) Siang ikan dan cuci bersih-bersih
2) Sapu garam, sos tiram dan bawang putih keliling ikan dan ketepikan dulu
3) Potong aluminium foil - lebihkan sedikit sebab nanti nak gulung atas dan bawah
4) Bentangkan aluminium foil atas pinggan
5) Susun sebahagian hirisan lemos, halia, bawang besar, tomato ceri dan cili padi atas aluminium foil
6) Kemudian letak ikan comey-comey atas bahan-bahan tadi
7) Masukkan sedikit tomato ceri, bawang besar, hirisan lemon, halia dan cili padi dalam perut ikan
8) Pastu susun baki tomato ceri, bawang besar, hirisan lemon, halia dan cili padi kat atas ikan
9) Pastu siramkan air lemon tadi dari ujung kepala ikan sampai ke ekor
10) Kemudian kita balut la ikan siakap tu. Lipat kiri dan kanan aluminium foil tu pastu gulung di bahagian kepala dan ekor supaya air ikan siakap tak melimpah ruah nanti
11) Masukkan dalam pengukus dan kukus dalam 15 minit
12) Bila dah masak boleh la dihidangkan panas-panas
13) Pastu kita ngap la dengan nasi..nak ratah macam tu saja pon takpe..haha..memang mabeles rasa dia..

Ok kawan-kawan..cenggitu la resepi ikan siakap steam versi Puan Ninie :) memang sedap sampai rasa tak cukup pulak masa lunch aritu..haha..lagi sedap bila dapat hirup kuah ikan siakap steam tu..sume rasa ada..masin, manis, pedas, berangin cukup segala sifat..haha..jangan tak cuba..sekali cuba pasti nak try lagi :)

*P/S : kalau korang perasan kat gambaq ikan siakap tu ada macam tompokan kicap atas badan ikan..haha..masa tu aku p gatai tangan tuang sos tiram konon-konon nak bagi sedap lagi..memang la bila dah masak rasa sedap..tapi..sos tiram tu tak mencair pon..bila dah bukak aluminium foil tu sos tiram tu tetap cenggitu jugak keadaannya..huhu..menyesal buh atas ikan..tu la..masa tu aku pikir sos tiram hat aku salut keliling badan ikan tak cukup lagi..rupanya itu pon dah memadai..hahah



~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Resepi : Ayam Masak Cili Berserai

Assalamualaikum...

Asik share resepi isteri yang masak je kan..kali nih kita tukaq chef pulak..hahah..buleh tahan jugak bila sekali sekala incik suami take over dapur..nampak yummy je hasil masakan incik suami..tapi sayangnya aku tak dapat nak merasa..sebab si dia memasak time aku dah balik Perak..huhu..saje je kan..time cik bini ada dia takmo tunjuk skil..kalau masak untuk cik bini pon hanya nasi goreng kampung je..hahah..tapi aku suka je makan nasi goreng kampung yang incik suami buat..rasa sedap sangat!!!

Kat sini aku nak share resepi daripada incik suami pulak..masa tu si dia terpaksa masak sebab lapaq sangat..tak kan nak asik nak makan nasi goreng je kan..kali nih kita gegar perut dengan ayam masak cili berserai pulak..jom cekidaut resepi.

Resepi : Ayam Masak Cili Berserai

Bahan-bahan :
10 biji cili api
1 sudu besar gula - tapi incik suami guna 1 titis stevia
1 biji bawang besar - untuk blender
1 biji bawang besar - dimayang sedang-sedang 
1 batang serai - potong halus
1/8 kiub ayam knorr
Ayam bahagian dada dan kepak
Kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
1) Bersihkan ayam dan potong ayam kecik-kecik lebih kurang 3-4 inci 
2) Masukkan kunyit dan garam pastu goreng separuh masak
3) Bila dah masak ketepikan dulu ayam tu
4) Kisar bawang besar, serai dan cili api sampai separa hancur..kalau nak hancur pon ok jugak..terpulang pada taste masing-masing
5) Panaskan 2 sudu besar minyak dan tuang bahan kisar tadi
6) Goreng sehingga bawang dan cili masak
7) Masukkan gula, garam, kiub ayam knorr dan bawang besaq pastu gaul bagi sebati rasa dia
8) Pastu masukkan ayam goreng tadi dan gaul lagi
9) Bila sumenya dah bersalut mesra..matikan api dan hidang dalam mangkuk
10) Tadaaaaa..dah siap pon..nak sedap lagi makan masa panas-panas :)

*macam incik suami masak aritu dia letak sekali kobis bunga ngan carrot sebab malas nak masak asing-asing..so kobis bunga ngan carrot tu dia buh skali ngan gula, garam dan bawang besaq..kalau korang nak buh pon ok..takmo buh pon takpe..kita sendiri yang buat kan..so ikut selera kita..selamat mencuba dan selamat menjamu selera..menu ringkas tapi dijamin sedap..hehe :)





~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Resepi : Kek Batik

Assalamualaikum...

Kek batik ni adalah salah satu dessert kegemaran incik suami..suka benor beliau dengan kek batik ni..tapi bininya malas nak buat sebab tak pernahnya jadi..haha..ingat lagi masa zaman sekolah dulu try buat lembik jadinya..last-last skali ayam itik je yang makan..sobsobsob..

Tapi skang ni demi incik suami tercinta adinda rela je nak membuatnya untuk kali kedua..nasib baik jadi akhirnya..tu pon selepas incik suami tolong campur tangan kat dapuq..haha..kalau harapkan aku sorang je memang ke laut la jadinya..

Macam biasa share resepi kat sini supaya bila nak buat lain kali aku tak perlu nak google-google dah..

Resepi : Kek Batik versi Ninie :)

Bahan-bahan :
1/2 tin susu pekat
1 sudu kecik esen vanilla
Buttercup 250gram
Serbuk koko
Biskut marie perisa kopi (aku guna perisa kopi sebab nak bagi rasa pahit sikit..tak suka manis)

Cara membuat :
1) Butter, susu pekat dan serbuk koko disatukan dalam kuali
2) Pastu kacau cepat-cepat supaya tak berketul
3) Bila dah menggelegak masukkan biskut marie yang dah dipatah-patahkan
4) Gaul bagi sekata semuanya tapi jangan terlalu lama sebab takut lembik nanti
5) Bila dah sekata cedok masuk ke dalam loyang
6) Tekan-tekan bagi padat
7) Kalau ada lebihan biskut marie ramas-ramas bagi halus pastu tabur atas kek batik (tapi aku aritu tabur biskut marie yang perisa biasa tu)
8) Simpan dalam peti sejuk
9) 2 jam kemudian kek batik dah sedia untuk di ngap

Senangkan resepi dia..haha..pejam mata pon boleh siap..incik suami suka makan kek batik dengan ais krim..memang layan abes la sampai tak sedar apa dah..hahah

P/S : maaf gambaq kek batik after dipotong takdak sebab eksaited sangat makan sampai lupa nak snap picture




~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Friday 19 February 2016

Resepi : Shepherd's Pie ringkas kau memang da boom



Assalamualaikum..

Minggu nih kita jamu mata tengok resepi-resepi ringkas tapi sedap k..macam dalam entry yang sebelom-sebelum nih kan aku ada bagitau korang pasal aktiviti yang aku buat sepanjang CNY bebaru nih..

So aktiviti memasak nih adalah salah satu daripadanya..memang gigih sungguh la aku memasak walaupon ada yang menjadi dan ada yang tidak..hahah

Tapi..korang jangan risau..kalau resepi-resepi tersebut aku share di blog ni maknanya resepi tersebut menjadi la..no worries beb..

Entry ari nih aku nak share pasal Shepherd's Pie..tapi yang aku buat ringkas-ringkas je mengikut bahan apa yang ada dalam peti ais kat umah..so..kalau korang rasa nak adjust atau add on resepi tu dipersilakan..buat ikut citarasa masing-masing :)

Ok la..dah sedia nak masuk kelas memasak chef Ninie? Haha..jom kita semak resepi dulu..pastu baru kita layan gambaq

Resepi : Shepherd's Pie ringkas kau memang da boom

Bahan-bahan Pie :
4-5 biji kentang 
2-3 sudu Susu full cream
Garam

Cara-cara :
1) kupas kentang dan potong dadu
2) rebus kentang dengan sedikit garam hingga empuk 
3) dah empuk toskan air dan lenyek-lenyekkan kentang macam nak wat mashed potato tu..tapi masa nak lenyek tu masukkan susu sedikit demi sedikit..susu untuk nak bagi rasa creamy
3) ketepikan kentang dan masak inti untuk Shepherd's Pie

Bahan-bahan inti :
1 mangkuk kecil daging / ayam kisar 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil lada sulah
Setengah ketul kiub ayam knorr
Bawang - dipotong dadu
Secubit garam
1sudu besar butter

Cara-cara :
1) cairkan butter dan tumis bawang hingga naik bau wangi semerbak
2) masukkan serbuk lada hitam dan lada sulah - kacau hingga sebati
3) masukkan daging / ayam kisar - goreng hingga masak sekata
4) perasakan inti dengan kiub ayam knorr dan garam
5) kalau dah masak intinya boleh le pindahkan dalam mangkuk dan sejukkan

Lapisan Pie :
Mangkuk kecil / cup untuk pie (aku tak tau apa nama dia)
Mozarela cheese secukupnya
Serbuk oregano

Cara buat lapisan pie :
1) masukkan dua sudu kentang lenyek ke dalam mangkuk / cup dan tekan bagi padat sikit
2) taburkan mozarela cheese dan serbuk oregano
3) letakkan inti pie - terpulang nak letak banyak atau sikit
4) lapiskan dengan kentang lenyek lagi skali - ikut suka nak letak tebal atau nipis
5) taburkan mozarela cheese banyak-banyak :) kalau tak suka cheese banyak letak le sikit je sekadar untuk menutupi kentang tu
6) bakar dalam 7-10 minit..ni bergantung pada oven masing-masing..tapi macam aku bakaq dalam periuk ajaib je..heheh
7) dah siap..buleh la menjamu selera ketika panas-panas..Fuhhhh..sedap makan panas-panas bile kejunya meleleh-meleleh dan masih panas :)

Ok..sekian resepi untuk hari ini daripada chef Ninie..cuba..jangan tak cuba..hehe









~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Thursday 18 February 2016

Resepi : Roti Naan Cheese Bom Cheese

Assalamualaikum..

Iye ke nama dia roti bom cheese? Haha..tu saja je aku letak nama gitu..tapi rasanya kalau kat kedai mamak depa panggil roti naan cheese kan? 

Sebenarnya aku dah lama teringin nak makan naan cheese ni..tapi sebab geli nak makan kat kedai mamak maka terkubur la hasrat ku itu..

Pastu ingatkan sampai ke sudah la tak dapat nak merasainya..tapi tertengok kat muka buku ada insan yang mengshare cara-cara nak wat naan cheese ni..wallawei huawei..rupanya senang je..pastu aku pon tak sabaq la menunggu cuti CNY ni nak try wat masa tu nanti..pastu selang beberapa ari ternampak pulak cara yang lagi senang..kali nih..dia punya senang sampai ko tak yah sebok-sebak nak uli-uli tepung bagai tu..haha..jom kita cekidaut resepinya..memang mabeles wallawei huawei finger licking good la..hahah

Resepi Nan Cheese Bom Cheese

Bahan-bahan :
Roti paratha
Mozarela Cheese
Kuali untuk menggoreng/membakar/memanggang

Cara-cara :
1) Keluarkan roti paratha dan letak atas pinggan / dulang
2) Spreadkan mozarela cheese..cheese ni ikut la banyak mana nak letak pon..tapi lagi banyak lagi bagus..haha
3) Pastu tepekkan lagi sekeping roti paratha kat atas then kelimkan kat bahagian tepi supaya cheese tak meleleh keluar masa bakaq atas kuali nanti..lagi satu cara untuk yang nak jimatkan roti paratha tu korang buleh lipat dua roti paratha tu macam nak buat karipap tu..Tapi nanti naan cheese bom cheese korang akan jadi bentuk giant karipap la..haha
4) Dah siap kelim..bakaq la hingga garing..heheh
5) Dah siap buleh la dihidangkan..makan panas-panas tersangat la sedap sebab bila carik-carikan roti tu cheese dia pon jadi la macam pizza..hahah

Kuah 1 : Sambal sardin
1) sardin adabi atau apa-apa brand yang korang suka
2) cili api 5-6 biji..ketuk-ketuk manja
3) bawang
4) 3-4 sudu besar cili kisar
5) minyak untuk menumis

Cara-cara :
1) tumis bawang sampai wangi
2) masukkan cili kisar pastu goreng sampai pecah minyak
3) dah pecah minyak masukkan sardin dengan kuah-kuah dia skali..masak sekejap
4) last skali masukkan cili api
5) siap!!!

Kuah 2 : Kari Ayam
Yang untuk kari ayam ni aku just guna ayam kisar Ramly
Bahan-bahan dan cara masak seperti biasa korang masak kari tu..heheh

PS : sila la buat dan anda pasti berpuas hati :)



~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~