kawan2 followers tercayang

Wednesday, 19 August 2015

Nota Cinta



Assalamualaikum..

Semalam macam biasa la rutin harian bergayut-gayut di telefon..tengah dok rancak sembang tetiba kak jemah korang nih buleh pulak keluar statement berani kerat kuku punya..hikhikhik..

"Sayang tak pernah pon bagi surat cinta kat saya..kali pertama dan terakhir dapat pon nota kecik masa lepas selesai kenduri kita dulu..." [sejak zaman bercinta hingga la dah berkawen nih kami tak pernah berbalas surat cinta]

Lepas je aku cakap cenggitu terus incik suami gelak..hahah..gelak sebab teringat nota yang dia tulis la tu..mana taknya..nota tu pon aku yang suruh dia tulis lepas kitorang selesai bukak barang-barang hantaran..

Nasib baik masa tu incik suami bagi hantaran coklat..jadik..dalam kotak coklat tu ada kad kecik..so aku pon gigih la suruh incik suami menulis nota cinta untuk aku malam tu jugak..hahah..memang nostalgia sungguh..tiap kali kalau bukak album gambaq memang aku akan baca nota cinta tu banyak-banyak kali..tak pernah jemu wehhh..mungkin sebab incik suami jarang bagi nota-nota cinta camtu..so aku lebih menghargai la nota cinta seciput tu..satu-satunya nota cinta yang aku rasa sungguh ikhlas penulisannya lahir dari hati suami tercinta..cewahhh

Tapi tu la..setiap orang tak sama cara depa tunjuk kasih sayang..ada yang jenis suka bagi barang..ada yang suka bawak p candle light dinner..ada yang bagi barang kemas..dan macam-macam lagi la..

Macam incik suami kesayangan aku nih..walaupon si dia jarang memanjakan aku dengan barang-barang yang sebegitu..tapi aku tahu dia sayang aku ketat-ketat..hihih..sebab tetiap hari kalau call mesti dia cakap I LOVE U..bagi aku itu pon dah cukup untuk menyemarakkan kasih sayang kami..I LOVE U TOO HUSBAND!!!



Comey tak nota cinta husband kami? Hehehe..


~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Laki Bini : Persamaan dan Perbezaan



Assalamualaikum..

Tajuk entry kali nih dah macam subjek math la pulak kan..hehe..tapi sebenarnya bukan nak bukak kelas tambahan math pon..cuma saja nak kongsi sikit pasal persamaan dan perbezaan antara aku dan incik suami :)

Persamaan

Western sgt ^_^
Premis 1: Aku suka makanan western
Premis 2: Hubby pon suka western 
Premis 3: Kami sama-sama suka chicken chop & spageti bolognaise..hoyeahhh

TV Show
Premis 1: Aku suka layan My Kitchen Rules, Bake With Anna Olsen etc
Premis 2: Hubby pon sama jugak melayan cerita masak-masak ni
Premis 3: Kami memang kuat makan..tu pasal adore sangat ngan rancangan masakan

Travel 
Premis 1: Aku suka p jalan-jalan
Premis 2: Hubby pon suka je nak kuar sana-sini
Premis 3: Ada masa..ada duit..panjang je langkah nak p bercuti..tengah plan untuk trip bulan madu yang seterusnya

Games
Premis 1: I love so much games like Frozen, Boom Beach, Candy Crash n etc
Premis 2: Hubby love too 
Premis 3: We love games :)

Kereta
Premis 1: puan Ninie suka Toyota Harrier
Premis 2: encik Badrul pon suka Toyota Harrier jugak
Premis 3: sama-sama berangan nak memiliki Harrier satu hari nanti..dapat yang secondhand pon jadi la..ngeee


Perbezaan

Favourite Color
Premis 1: Aku suka Pink dan Purple
Premis 2: Hubby suka biru
Premis 3: Bila nak decide color untuk baju raya atau cat umah mesti "NO NO NO" untuk warna-warna yang aku suka..tapi bila merajuk sikit akhirnya aku menang jugak..yeayyyy for me :)

Perbezaan kita bagi satu je la..sebab rasanya macam takde banyak perbezaan sangat kot..ke aku yang tak discover lagi..hahah

Tapi..bagi aku perbezaan atau persamaan kami tetap sehati sejiwa..bercinta dan berkasih sayang in shaa Allah sampai ke syurga..ameenn




~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Monday, 10 August 2015

Ada saat kita terpaksa saling meninggalkan...




Assalamualaikum sahabat..

pernah tak korang rasa rindu sarat menggunung di hati tetapi insan yang disayangi tiada di sisi..well..bagi pasangan PJJ macam aku dan incik suami..selalu sangat rasa 'itu' menjengah di hati..tapi apakan daya..masing2 ada tuntutan tugas masing2..so kalau nak dilayan perasaan tersebut memang buleh jiwa kacau jadinya..huhuh..

tapi..alhamdulillah zaman dah makin canggih..banyak je alternatif lain yang buleh kita guna untuk berhubung dengan insan tersayang..macam aku dan incik suami..phone call adalah solusi terbaik kami..tiap malam akan bergayut sampai mata tak larat nak bukak..hahah

kalau time incik suami duty pulak..biasanya sekejap je la kami bergayut..kena bagi chance untuk incik suami berehat jugak supaya dia tak mengantuk masa duty nanti..tapi alhamdulillah setakat nih bil tepon takde la overload sangat..mungkin sebab pakai talian celcom yang pakej untuk askar punya kot..so bila aku tepon incik suami atau incik suami tepon aku makanya bilnya adalah kosong..maka jimat dah kat situ..heheh..iolss suka!!! perancangan kewangan yang sangat okeh!!

saat paling indah bagi aku bila incik suami dapat pulang ke pangkuan isterinya nih..tiap saat kalau buleh nak berkepit je..ewahhh..sampaikan tetiap hari aku akan suruh incik suami hantar dan ambik aku kat sekolah..so kawan2 aku dah tau kalau p kerja tak bawak kete tu maknanya incik suami ada kat umah la tu..

pastu tetiap hari masing2 ada je agenda yang nak dibuat..mesti tak lekat rumah punya la sebab dok merayap sana-sini berdua..ye la kalau incik suami takde aku memang malas nak keluar p mana2..time si dia balik la baru menggedik nak p Aeon la Tesco la..tu semua tu bukannya nak bershopping sangat..lebih kepada nak spend time berdua je..hahah..pastu kalau p Aeon..mesti cari roti Auntie Anne's..pastu rebut2 makan roti yang super sedap tu..kenangan tu!!!

so bila dah huhahuha dekat nak seminggu tiba la masa incik suami pulang ke kem..huwaaa..cepat betoi masa berlalu..rasa macam baru semalam si dia pulang ke pangkuan isteri tercinta..tapi kini dah nak balik smula ke kem..sobosbsob..lap ayaq mata ngan ujung baju!!

saat paling pilu bila tengok incik suami dah start packing barang2 dia..rasa nak peluk erat2 takmo bagi si dia balik kem..sobsobosob..tapi apakan daya..panggilan ibu pertiwi memanggil2 suamiku pulang..hukhukhuk..dan sebagai isteri mithali..aku akan menyibukkan diri kat  dapur memasak makanan untuk bekalan incik suami..

begitulah rutin kami sejak berkahwin dan PJJ hampir 3 tahun nih..yesss..ada saat dan ketikanya kita terpaksa untuk saling meninggalkan antara satu sama lain..tetapi tidak di hati kerana CINTA itu kukuh terpatri di situ..


p/s: tak sabaq nak tunggu ujung minggu nih..incik suami akan balik..walaupon 2 hari je tp amat bermakna!!!






~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Sunday, 9 August 2015

warna idaman untuk rumahku syurgaku



Assalamualaikum sahabat..

In shaa Allah bulan 9 nanti aku nak apply pertukaran sekolah..cukup la 3 tahun PJJ dengan incik suami..rasa tak sanggup dah nak berjauhan dengan si dia..

Aku harap urusan pertukaran aku dipermudahkan oleh Allah swt..aku dah survey2 sekolah apa yang ada kat muadzam tu..tapi entah kenapa aku rasa macam teringin sangat nak mengajaq kat SMKA..mungkin sebab aku rindu dengan suasana masa belajaq kat maahad dulu kot..

skarang nih aku mengajaq kat sekolah menengah harian..pelajar pon terdiri daripada pelbagai kaum..tapi bila dah masuk tahun ke-5 nih..rasa macam makin hari makin bosan pulak menghadap perangai pelajar2 yang makin hilang adab dan sopan pada guru2..so aku rasa macam nak ubah angin mengajaq pelajar2 sekolah agama pulak..hopefully dimakbulkan oleh Allah swt..ameenn

berbalik pada tajuk entry kali nih..aku cuma nak share pasal warna idaman untuk rumahku syurgaku..oleh kerana husband aku dah dapat kuarters..so aku tak payah nak pening kepala pikir pasal rumah sewa dah..cuma yang aku kena pikir dan tengah dok pikir skarang nih pasal konsep rumah je..aku takmo la rumah yang sarat dengan perabot dan hiasan bagai tu..bagi aku..less is more..tu yg terbaik..cewahhh

so dalam tahun nih ada la dalam tiga empat kali aku balik ke muadzam..dah tengok dah macam mana rupa rumah kuarters tu..pastu dalam kepala mula la pikir nak design konsep apa untuk rumahku syurgaku tu nanti..oleh sebab rasa macam kali nih incik suami akan bermastautin lama kat muadzam nih..so memang aku dah plan untuk deko rumah tu sesuai dengan konsep yang aku nak..

konsep yang aku minat adalah style moden..so tak perlu nak sarat dengan perabot bagai..apa yang aku nak hanya seketul sofa kat ruang tamu dan rak tv yang comey..so skarang dah imagine nak sofa dan rak tv color putih..baru la nampak suci murni gitu..heheh

tapi sebab sekarang nih tak pindah lagi ke sana so tak boleh la nak deko2 lagi..kena tunggu cuti sekolah hujung tahun nih baru boleh nak buat semua tu..

so sementara tu aku nak share pasal design serta color yang aku minat untuk rumahku syurgaku nanti..


nih colorwheel yg buleh dijadikan sebagai panduan untuk pemilihan color dinding nanti..aku godek2 cari kat internet je nih..tak ingat amik kat mana..so awal2 nak ucap terima kasih kepada pemilik gambaq nih..kot2 kalau kamu terbaca entry nih buleh la bagitau kat aku supaya aku buleh kredit nama kamu..berbalik pada color pilihan aku..aku berkenan dengan color2 yang cool..so purple akan menjadi tema utama untuk rumahku syurgaku nanti..heheh


sumber pic [klik sini]

color dinding seperti yang tertera kat gambaq2 atas nih adalah color idaman aku..buleh pitam wehh tengok color purple nih..aku adore sangat2..lembut, tenang dan seksi colornya..lagi bertambah seksi bila digabungkan dengan perabot putih..memang nganga luas mulut aku nanti..hahah..hopefully senang nak cari color tu nanti..incik suami tersayang sila take note ye!!! 

aku rasa tu je kot yang aku nak share kat blog nih..berangan je lebih nih..realitinya harap2 dapat dilaksanakan nanti..in shaa Allah..semoga Allah permudahkan segala urusan serta murahkan rezeki aku dan incik suami..amenn

p/s : lain kali kalau rajin aku share pasal bilik idaman pulak..pastu dapur idaman..haha..bajet macam banyak sangat masa nak updet story kan!!


update : dinding umah iols dah bercat..jom tengok color apa yang kitorang pilih kat entry nih





~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

Dugong dah settle loan



Assalamualaikum sahabat..

Alhamdulillah dua minggu sebelum raya aritu dah settle loan untuk cik Dugong..jadi lepas ni tak payah nak kalut2 bayaq payment kete setiap kali masuk gaji..tapi baru je nak bernafas sikit kena pulak bayaq loan umah..sobsobsob..

tapi alhamdulillah sekali lagi sebab urutan nak membayaq hitung-piutang nih just nice je..elok abes loan kete terus pulak sambung loan rumahku syurgaku..hihi..

cuma kalau seblom nih loan kete tu just bayaq dlm rm872/month tp yg rumahku syurgaku nih bayaran bulanannya rm976/month..nak dekat2 1k jugak tu..pheuwww..kesat dahi aku nih bila tengok monthly payment dia..

tapi tak pe la kan..orang kata tak rugi kalau kita beli rumah sebab setiap tahun nilai rumah tu akan naik dan naik dan naik lagi..pastu agak-agak kau bosan ngan rumah tu boleh la jual dengan harga semasa..kau beli harga 200k kau jual harga 300k bhaii..untung tak? untung tak?

berbalik pasal rumah yang aku beli tu..rumahnya bukan rumah baru atau dalam pembinaan..aku beli rumah secondhand je..rumah banglo tanah lot..sebut pasal banglo jangan la kau nak nganga pulak..takde la banglo yang ada swimming pool tu..banglo kecik je yg mampu aku beli..tu pon syukur alhamdulillah sebab seller tu kasi diskaun kaw2 untuk aku..kalau tak..takdenya la aku merasa nak ada harta sendiri..huhuh..so banglo aku tu kecik je senah oiii..rumah seketul kat tengah-tengah pastu  ada la tanah sekangkang kera kat depan belakang kiri dan kanan rumah..jadi la asalkan ada tempat berteduh..cewahh

skarang nih aku dalam proses nak mengemas dan mengecat rumah..oleh kerana famili aku tak mau balik dok kat rumahku syurgaku tu..maka aku bercadang nak sewakan je..at least ada gak income yg masyuk bulan2..cuma tak boleh la nak bagi sewa mahal2..takat rm350-rm400 tu kira ok la untuk kawasan Selama Perak..kalau belah KL memang aku buleh la letak harga 1k sebulan..lepas gak untuk cover loan aku tu..tapi berangan je la yang kau mampu Ninie oiii..

ehh..terpanjang pulak cerita pasal rumahku syurgaku nih..hihih..asalnya nak cerita pasal loan Dugong yang dah settle..tetiba bebel-bebel pasal rumah pulak..

so kesimpulannya aku dah tak susah hati bila loan Dugong nih dah selesai..tak payah pening kepala nak pikir kete kena tarik ke apa ke kalau terlewat bayaq atau tak lepas bayaq :)





~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~