Assalamualaikum sahabat...
selalu kalau p Tesco mmg akan singgah kat kiosk yg jual sushi
berabis jugak la dalam seploh sebelas hinggit 
tp x pernah pon beli takoyaki sbb masa tu tau mkn sushi je
rupa2nya bile dah rasa takoyaki tu terus jatuh centa pulak
so yummy sampai rasa nk beli lg dan lg dan lg
takoyaki nih sejenis kuih jepun 
bentuk bulat2 ala2 cokodok
cuma dlm tu ada inti sama ada ayam, isi ketam atau sotong
pastu cara masak pulak mcm kuih cara tu
bile dah sedap sgt 
aku try la gugel kat tenet cara2 wat takoyaki nih
tgk gaya mcm senang je nk wat
tp kalau nk wat kat Labuan nti rasanya aku sorang je kot yg mkn
my baby bie tu xde maknanya dia nk mkn sushi2 bagai nih..
selera baby bie aku nih selera org melayu 
sbb tu kalau aku beli mknan yg pelik2 nih aku sorang je yg melantak
pastu makin bulat la badan aku nih..heh
bile dah usya2 kat tenet tu 
mmg nmpak senang je nk wat takoyaki nih
tp oh tp...aku sgt xde mood nk memasak 
jadi...malas la nk belajar wat takoyaki..hahah
nti kalau teringin sgt nk makan beli sajork kat Tesco sana tu..haha
tp kan..kat Labuan sana mana ada jual benda2 alah nih
kang kalau teringin nk mkn kat mana pulak nk cari kan
cian pulak nk suh baby bie tu p cari sana-sini 
so kna jugak la wat sendiri kalau x nk susahkan baby bie tersyg
oleh kerana ari nih aku byk sgt masa terluang..kononnya la 
maka aku dengan rajinnya menggugel resepi takoyaki nih
pastu terus je tepek resepi takoyaki tu kat belog nih
supaya senang keje aku  
bile2 aku terasa nk mkn takoyaki buleh je wat nti..heheh
Resepi Takoyaki
Bebola takoyaki :
1 cawan tepung takoyaki
Sedikit air
butter 
ATAU
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 biji telur
Sedikit air
*Campurkan semua bahan dalam bekas dan
 bancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak berketul 
dan menjadi cair. (Adunan cair menghasilkan takoyaki yg lembut) 
*Sediakan acuan takoyaki/acuan kuih cara bersama 2 batang lidi 
*Panaskan acuan dengan minyak atau butter 
*Bila acuan panas, sudukan adunan butter ke dalam acuan hingga penuh 
*Letakkan isi ayam atas adunan dan tabur hirisan kobis dan daun bawang 
*Gunakan 2 lidi untuk balikkan takoyaki dan masak hingga keperangan 
*Hidang dengan sos takoyaki, mayonis, serbuk nori, dan bonito flakes
Bahan Inti:
Isi ayam/sotong/udang/ketam/sosej (ikut selera masing2)
Kobis
Daun bawang
*Rebus atau celur isi ayam/sotong/udang/ketam/sosej kemudian potong kecil
*Hiris kobis dan daun bawang halus-halus
Bahan Sos: 
*Sos takoyaki yg ada di kedai
ATAU
1 cawan sos tomato
1 cawan sos worcestershire*
1 ulas bawang putih dihiris halus (sebagai aroma)
1-2 inci halia dihiris halus (sebagai aroma)
Sedikit gula (ikut rasa masing2)
*Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga pekat
*Boleh gantikan sos worcestershire dengan bancuhan kicap cair+ air asam jawa+cuka
(sos ni bole tahan smpai sebulan kalau simpan dalam peti sejuk)
Hiasan:
Mayonis
Serbuk nori (seaweed)
Bonito flakes
*resepi asal dari sini 
 
Wah...mnyelerakan nmpknya...nk p cari juga ni...
ReplyDeleteP cari cpt cik mah...mmg sgt sedap...heheh
Delete