kawan2 followers tercayang

Friday 19 February 2016

Resepi : Shepherd's Pie ringkas kau memang da boom



Assalamualaikum..

Minggu nih kita jamu mata tengok resepi-resepi ringkas tapi sedap k..macam dalam entry yang sebelom-sebelum nih kan aku ada bagitau korang pasal aktiviti yang aku buat sepanjang CNY bebaru nih..

So aktiviti memasak nih adalah salah satu daripadanya..memang gigih sungguh la aku memasak walaupon ada yang menjadi dan ada yang tidak..hahah

Tapi..korang jangan risau..kalau resepi-resepi tersebut aku share di blog ni maknanya resepi tersebut menjadi la..no worries beb..

Entry ari nih aku nak share pasal Shepherd's Pie..tapi yang aku buat ringkas-ringkas je mengikut bahan apa yang ada dalam peti ais kat umah..so..kalau korang rasa nak adjust atau add on resepi tu dipersilakan..buat ikut citarasa masing-masing :)

Ok la..dah sedia nak masuk kelas memasak chef Ninie? Haha..jom kita semak resepi dulu..pastu baru kita layan gambaq

Resepi : Shepherd's Pie ringkas kau memang da boom

Bahan-bahan Pie :
4-5 biji kentang 
2-3 sudu Susu full cream
Garam

Cara-cara :
1) kupas kentang dan potong dadu
2) rebus kentang dengan sedikit garam hingga empuk 
3) dah empuk toskan air dan lenyek-lenyekkan kentang macam nak wat mashed potato tu..tapi masa nak lenyek tu masukkan susu sedikit demi sedikit..susu untuk nak bagi rasa creamy
3) ketepikan kentang dan masak inti untuk Shepherd's Pie

Bahan-bahan inti :
1 mangkuk kecil daging / ayam kisar 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil lada sulah
Setengah ketul kiub ayam knorr
Bawang - dipotong dadu
Secubit garam
1sudu besar butter

Cara-cara :
1) cairkan butter dan tumis bawang hingga naik bau wangi semerbak
2) masukkan serbuk lada hitam dan lada sulah - kacau hingga sebati
3) masukkan daging / ayam kisar - goreng hingga masak sekata
4) perasakan inti dengan kiub ayam knorr dan garam
5) kalau dah masak intinya boleh le pindahkan dalam mangkuk dan sejukkan

Lapisan Pie :
Mangkuk kecil / cup untuk pie (aku tak tau apa nama dia)
Mozarela cheese secukupnya
Serbuk oregano

Cara buat lapisan pie :
1) masukkan dua sudu kentang lenyek ke dalam mangkuk / cup dan tekan bagi padat sikit
2) taburkan mozarela cheese dan serbuk oregano
3) letakkan inti pie - terpulang nak letak banyak atau sikit
4) lapiskan dengan kentang lenyek lagi skali - ikut suka nak letak tebal atau nipis
5) taburkan mozarela cheese banyak-banyak :) kalau tak suka cheese banyak letak le sikit je sekadar untuk menutupi kentang tu
6) bakar dalam 7-10 minit..ni bergantung pada oven masing-masing..tapi macam aku bakaq dalam periuk ajaib je..heheh
7) dah siap..buleh la menjamu selera ketika panas-panas..Fuhhhh..sedap makan panas-panas bile kejunya meleleh-meleleh dan masih panas :)

Ok..sekian resepi untuk hari ini daripada chef Ninie..cuba..jangan tak cuba..hehe









~ terima kasih sudi singgah blog cik ninie..cayang korang sume ~

0 comments:

Post a Comment